Monday, December 17, 2018

Jho Low bertegas tak mahu dibicara di Malaysia

 

    Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki pihak berkuasa atas dakwaan terlibat dalam menyeleweng berbilion dana 1MDB, bertegas tidak mahu dibicarakan di Malaysia.
Pagi ini, Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan pertuduhan jenayah sudah difailkan terhadap Jho Low.

Dalam kenyataan hari ini, jurucakap Jho Low berkata ahli perniagaan itu tetap mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan ke atasnya.
"Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, Jho Low tidak akan menyerah pada sebarang bidang kuasa yang mana dia sudah ditetapkan sebagai bersalah oleh politik dan tiada sistem perundangan yang bebas.

"Jelas bahawa Jho Low tidak boleh mendapat perbicaraan yang adil di Malaysia, di mana regim kerajaan sering kali membuktikan bahawa mereka tidak berminat dengan kedaulatan undang-undang," kata kenyataan itu.

Peguam negara sebelum ini mendedahkan Jho Low, bersama bekas kakitangan 1MDB Jasmine Loo Ai Swan didakwa terlibat dalam menyeleweng AS$2.7 bilion dari tiga bond 1MDB melalui firma kewangan Goldman Sachs.

Pejabat Peguam Negara juga memfailkan pertuduhan jenayah terhadap syarikat subsidiari Goldman Sachs dan bekas kakitangannya Tim Leissner dan Roger Ng Chong Hwa.

Tuduhan itu difaikan di bawah Seksyen 179(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment