Malaysiakini, 31/12/2018
Harga runcit petrol nampaknya akan kekal sehingga Jumaat ini apabila
kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan semula penetapan
harga minyak mingguan, yang sepatutnya bermula 1 Januari 2019.
Sistem
apungan harga secara mingguan dijangka akan menurunkan harga runcit
petrol berikutan kejatuhan harga minyak mentah global pada masa ini.
Menteri
Kewangan Lim Guan Eng berkata, ia bagi membincangkan bantahan oleh
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berhubung langkah itu
dan harga baru akan ditetapkan sebelum akhir minggu pertama 2019.
"Kerajaan
berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara
mingguan agar pengguna menikmati perubahan harga dengan lebih cepat
selaras dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia.
"Bagaimanapun
kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Persatuan Pengusaha Stesen
Minyak Malaysia (PDAM) yang membantah langkah itu dan meminta kadar
margin pengusaha setesen yang menjadi salah satu komponen bawah
mekanisme harga automatik (APM) yang digunakan untuk menetapkan harga
runcit produk petroleum," katanya dalam kenyataan.
Justeru, katanya lagi, jemaah menteri akan memutuskan perkara itu dalam mesyuarat pada 2 Januari ini.
"Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga akan bertemu PDAM dalam masa terdekat," katanya lagi.
Pada masa ini, harga runcit bagi RON95 adalah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.50) dan diesel (RM2.18).
Pada
24 Disember lalu, Lim mengumumkan kerajaan akan kembali melaksanakan
dasar penetapan harga secara mingguan bagi memberi kelebihan kepada
pengguna di saat harga minyak mentah global menurun.
Ia mendorong
PDAM untuk menggesa kerajaan menaikkan kadar komisen bagi jualan bahan
api bagi menampung kos operasi yang dijangka meningkat berikutan
pelaksanaan semula dasar itu.
Dalam pada itu, Lim berkata kerajaan
komited dengan penggunaan subsidi bagi membolehkan harga RON95 tidak
melebihi RM2.20 seliter.
"Apabila
harga minyak global turun, harga runcit produk petroleum juga akn
diturunkan. Namun apabila harga minyak global naik, ia akan dikekalkan
pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter.
"Pengekalan harga pada
paras ini dikekalkan sehingga pelaksanaan subisi bersasar untuk RON95
pada pertengahan 2019," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment