Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi mempersendakan salah seorang anggota Majlis Tertinggi Umno hari ini.
Memang
dikenali selalu 'menyergah' Lokman Noor Adam, tengah hari ini Khairy
secara menyindir menegur Malaysiakini supaya tidak menyebarkan "berita
palsu"
Laporan yang dirujuk bekas menteri belia dan sukan itu ialah berkenaan kenyataan dibuat Lokman hari ini.
Kata
Lokman selepas Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada tugas sebagai
presiden, tokoh yang layak mengisi tempat itu ialah Najib Razak.
"Dalam
situasi kritikal begini, Umno perlu khidmat seorang pemimpin yang
berpengalaman dan dihormati oleh anggota-anggota parlimen BN yang masih
belum melompat
"Atas dasar itu, selaku anggota Majlis Tertinggi Umno saya mencadangkan agar presiden Umno melantik Najib Razak sebagai ketua umum Umno dan ketua pembangkang, sementara presiden Umno bercuti," kata Lokman dalam satu kenyataan hari ini.
Menjawap ciapan Malaysiakini,
Khairy yang sebelum ini pernah menjadi ketua Pemuda Umno berkata tidak
ada orang yang akan memberi cadangan "bingai" seperti itu.
"Saya yakin @LokmanAdam pun tak bongap macam ni. Eh," ciapnya.
Untuk rekod Lokman adalah antara pemimpin
Umno yang sering menganjurkan himpunan solidariti buat Najib dan Zahid
setiap kali mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Untuk rekod Najib ialah presiden pertama Umno yang gagal mendapatkan mandat daripada rakyat untuk kekal menjadi kerajaan.
Selepas berundur daripada jawatan itu kekosongan jawatan presiden diisi Ahmad Zahid pula.
Gesaan
Lokman tersebut hadir beberapa jam selepas Ahmad Zahid menyerahkan
tugas sebagai presiden Umno kepada timbalannya Mohamad Hasan.
Untuk
rekod Mohamad ialah bekas menteri besar Negeri Sembilan. Khairy pula
anggota parlimen Rembau yang berada dalam Negeri Sembilan.
Setakat
ini belum pernah Umno membuat lantikan mana-mana pemimpinnya menjadi
ketua umum, sebaliknya pernah diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk PKR.
Sebelum
ini Lokman pernah menjadi salah seorang penceramah terkenal untuk PKR
sebelum dia meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment