23 Disember 2018
Foto: Reuters.
JOHANNESBURG – Ahli muzik Jazz dari Afrika
Selatan, Musa Manzini melakukan pertunjukkan yang luar biasa ketika dia
memainkan gitarnya ketika doktor membedah otaknya
Ahli muzik itu, merangkap pensyarah universiti sedang memainkan
gitarnya di tengah pembedahan tumor otak selama enam jam yang dia
jalani. Manzini tampak berbaring di meja pembedahan dikelilingi oleh staf perubatan berpakaian lengkap .
“Pertunjukkan” yang dilakukan Manzini membuat doktor-doktor di rumah
sakit di Kota Durban, Afrika Selatan, tempatnya menjalani pembedahan dapat
mengetahui dan mengamati bahagian otak Manzini yang memainkan muzik. Hal
ini membuat mereka dapat menghindari pembedahan daerah tersebut dan
mengembalikan sebaahgian pergerakan jarinya yang terpengaruh oleh tumor.
"Saya merasa sangat canggung dan tidak selesa," kata Manzini kepada Reuters,
Ahad(23/12/2018), seminggu setelah jalani pembedahan . "Berada di antara
anestesi umum dan bangun dan mendengar suara obor di dalam otak anda ...
sangat sukar untuk berkonsentrasi."
Doktor memilih untuk membuat Manzini tetap sedar untuk menilai kawasan otak mana yang berfungsi ketika pembedahan berlangsung dan membantu
mengurangi risiko kerosakan neurologis.
“Pembedahan itu berjaya kerana risiko terbesarnya adalah kelumpuhan.
Saya tidak lumpuh, dan saya masih dapat mengawal atas anggota tubuh
saya dan dengan demikian dalam semangat yang baik dan pulih dengan baik,
" ujar Manzini.
Dia mengatakan akan segera kembali ke pentas setelah pulih dari pembedahannya
Video: YouTube/Fnews English
Dipetik dari Okezone
No comments:
Post a Comment