Apabila memilih makan di luar, kena pastikan poket pun tebal.
Jika tak cukup duit memang masalah besar. Apatah lagi kalau tidak berduit.
Namun, bagi sepasang suami isteri ini, mereka lansung tidak kisah
berpoket kosong, malah sanggup meningggalkan anak sebagai gadaian
sementara mereka mencari duit selepas makan.
Menurut perkongsian dalam laman sosial, pasangan suami isteri ini
tampil dalam persalinan alim dan warak meninggalkan kedai berkenaan
selepas kenyang tanpa membayar bil.
Mereka dikatakan ‘mempergunakan’ kewarakan diri untuk mengaburi mata pekerja di restoran berkenaan.
Sebaik kenyang, pasangan berkenaan mengaku tidak mempunyai wang tunai
dan mahu ke bank berdekatan untuk mengeluarkan wang bagi menjelaskan
bil berkenaan.
Malah, pasangan terbabit juga menolak kaedah pembayaran menggunakan
kad dan berkeras mahu mengeluarkan wang tunai di bank berhampiran.
Pengguna
Twitter @emiey yang berkongsi papar rakam dari seorang rakanya yang
bekerja di restoran tersebut menyatakan, pasangan suami isteri tersebut
sanggup meletakkan anaknya sendiri sebagai ‘cagaran’ sementara
mengeluarkan wang tunai.
Pekerja yang terpedaya selepas mempercayai dan menganggap pasangan
suami itu ikhlas mencari bank untuk membayar bil tetapi hakikatnya ia
hanya helah mereka.
Selepas beberapa jam menunggu, anak pasangan itu pula ‘ghaib’
menyebabkan kakitangan di kedai berkenaan terpaksa menangung kos makanan
pasangan terbabit yang mencecah RM161 .
Menariknya,
apabila kisah ini di viral di laman sosial, orang ramai mendapati ia
bukan kes yang pertama pasangan itu makan di restoran mahal dan
tinggalkan tanpa bayar wang menggunakan modus operandi yang sama.
Ramai pekerja tampil berkongsi pernah berdepan dengan situasi yang sama dan ia dipercayai melibatkan pasangan yang sama.
No comments:
Post a Comment