4/1/2019
Harga
runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada
RM2.23 seliter manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada
RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.
Semua harga itu berkuat
kuasa mulai 5 Januari 2019 sehingga 11 Januari 2019, kata Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan hari ini.
“Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam Sabtu, 5 Januari 2019.
“Seterusnya,
harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap
minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic
Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di
pasaran dunia pada ketika ini,” katanya.
Menurut
Lim, pengumuman harga runcit bahan api itu akan dibuat pada hari Jumaat
setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.
RON95 kekal pada paras RM2.20 seliter
Beliau
berkata, kerajaan juga akan terus komited untuk melaksanakan dasar
penstabilan harga runcit produk petroleum dan pada masa yang sama
melaksanakan penetapan harga yang memanfaatkan rakyat.
Ini
bermakna apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit
produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna
menikmati manfaat penurunan harga minyak dengan segera.
“Namun
apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada
kesan kenaikan harga yang ketara, harga runcit produk petroleum akan
dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95
dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi,” katanya.
“Kaedah baru ini ialah inisiatif kerajaan persekutuan Pakatan Harapan yang tidak pernah diamalkan sebelum ini,” katanya.
Beliau
berkata, pengekalan harga pada paras ini adalah sehingga pemberian
subsidi petrol RON95 secara bersasar dilaksanakan mulai pertengahan
tahun 2019, sebelum harga runcit produk petroleum diapungkan secara
terkawal mengikut harga pasaran.
Selain itu, beliau berkata bahawa
harga baru itu turut mengambil kira tambahan komisen atau margin
pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh mesyuarat jemaah menteri.
Komisen pengusaha stesen
Kata
Lim, pelarasan semula harga runcit produk petroleum ini juga mengambil
kira pandangan semua pihak yang terlibat, termasuk permintaan Petroleum
Dealers Association of Malaysia (PDAM) yang memohon supaya kadar margin
mereka digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum.
“Sehubungan
ini, Kerajaan telah bersetuju supaya Margin Pengusaha Stesen Minyak
diselaraskan dengan tambahan 2.81 sen kepada 15 sen seliter bagi produk
petrol RON95 dan tambahan 3 sen kepada 10 sen seliter bagi produk
diesel.
“Ini merupakan kenaikan sebanyak 2.81 sen seliter bagi
petrol dan 3 sen seliter bagi diesel, berbanding kadar semasa. Kali
terakhir kadar margin ini disemak semula adalah pada tahun 2008,” kata
Lim
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment