Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang bersidang hari ini dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi pengerusinya.
Pertemuan
berlangsung di Hotel Pullman Kuala Lumpur di Jalan Conlay itu menarik
perhatian selepas Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang
di-Pertuan Agong.
Untuk rekod Tengku Abdullah ketika ini ialah
pemangku Sultan Pahang ekoran keadaan kesihatan Sultan Ahmad Shah yang
tidak mengizinkan.
Tinjauan Malaysiakini mendapati antara tokoh
yang menyertai pertemuan hari ini ialah bekas perdana menteri yang juga
anggota parlimen Pekan Najib Razak dan Menteri Besar Wan Rosdy Wan
Ismail.
Bagaimanapun Tengku Abdullah cuma memberi kenyataan ringkas ketika ditanya wartawan sejurus sebelum memasuki bilik mesyuarat.
"Assalaimualaikum...
doakan yang terbaik ya," titah Tengku Abdullah yang diiringi adiknya
Tengku Muda Tengku Abdul Rahman Al-Haj.
Tidak dapat dipastikan apakah agenda mesyuarat tersebut.
Terdahulu
media melaporkan ada kemungkinan Tengku Abdullah akan ditabalkan
sebagai sultan yang baru untuk Pahang bagi menggantikan Sultan Ahmad
Shah.
Langkah itu juga membuka kemungkinan Tengku Abdullah
dilantik mengisi kekosongan jawatan Agong selepas pengunduran Sultan
Muhammad V.
Mengikut sistem penggiliran Agong, selepas Kelantan jawatan Agong akan disandang oleh Sultan Pahang.
Majlis
Raja-raja akan bersidang pada 24 Jan ini bagi melantik Agong ke-16 dan
majlis mengangkat sumpah dijangka diadakan pada seminggu kemudian.
Sehingga
Agong yang baru dilantik Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga
timbalan Yang di-Pertuan Agong kini menjadi pemangku Agong
No comments:
Post a Comment