Sunday, March 10, 2019

Buruan golongan kaya… cecair ajaib ‘Eliksir’ konon mampu hidup kekal abadi ditemui

Cerita dongeng suatu ketika dahulu kononnya ada ‘perubatan tertentu’ semata-mata untuk terus kekal hidup mungkin hanya mampu dibaca namun kesahihannya belum tentu boleh dipercayai.

Bagaimanapun bagi masyarakat Cina ia adalah satu lagenda yang sangat dipercayai.
Menurut laporan akhbar Daily Mail, penemuan sebuah makam berusia sekitar 2,000 tahun di Wilayah Henan, China berjaya menemui satu bekas cecair yang dipercayai adalah ‘Eliksir’ iaitu cecair untuk hidup kekal abadi.

Eliksir, cecair ajaib yang terkenal dalam kisah legenda Cina ditemui dalam bekas gangsa menjadi buruan golongan kaya dan berkuasa di China sejak beribu-ribu tahun dengan harapan mereka mampu hidup selama-lamanya.
Bekas misteri yang mengandungi 3.5 liter cecair eliksir itu ditemui dalam makam satu keluarga bangsawan dari zaman Dinasti Han Barat antara tahun 202 sebelum Masihi dan tahun kelapan Masihi dekat bandar Luoyang.

“Ini adalah kali pertama ‘ubat hidup kekal abadi’ dalam mitos telah ditemui di China,” kata Ketua Institut Barangan Purba Kebudayaan dan Arkeologi di Luoyang, Shi Jiazhen.
Ujian makmal mendedahkan sebahagian besar daripada cecair itu adalah potasium nitrat dan alunit iaitu bahan tidak beracun tetapi kerap digunakan dalam racun serangga, baja dan peledak roket.

No comments:

Post a Comment