KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka terus meningkat minggu
depan disokong oleh sokongan belian dan sentimen positif, kata seorang
peniaga.
Ini susulan pengumuman pelaksanaan Skim Jumlah Eksport Yang
Dipersetujui (AETS) yang akan bermula dari 1 April sehingga 31 Julai
2019.
Menurut Kementerian Industri Utama, harga Standard Malaysia Rubber 20
(SMR 20) FOB meningkat 12.7% kepada 587.0 sen sekilogram pada 7 Mac,
2019, daripada 521.0 sen sekilogram pada 31 Dis, 2018.
“Para pelabur kini mempunyai hala tuju yang jelas apabila
Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) memutuskan untuk mengehadkan
jumlah eksport kepada 357,535 tan metrik pengurangan sebanyak 15,600
tan metrik,” kata peniaga itu.
Langkah Thailand, Indonesia dan Malaysia yang bersetuju untuk
melaksanakan AETS bagi tempoh 4 bulan itu akan mengurangkan keseluruhan
eksport getah asli sebanyak 240,000 tan metrik.
Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, pasaran diniagakan
bercampur-campur, kebanyakannya sejajar dengan pasaran niaga hadapan
getah serantau, prestasi ringgit berbanding dolar AS, turun naik harga
minyak dan mesyuarat ITRC.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia
bagi gred tayar SMR 20 turun 11.5 sen kepada 587.50 sen sekilogram
manakala lateks pukal meningkat 22 sen kepada 460.50 sekilogram.
Harga penutup tidak rasmi 5 petang SMR 20 susut 15 sen kepada 585.50
sen sekilogram manakala lateks pukal naik 10.5 sen kepada 461.00 sen
sekilogram
FMT
hello beiibbyyy ,,,,,,
ReplyDeleteni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
>>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
WA @ +855 963 156 245
line @ fansbetting
wechat @ fansbetting
bersama dengan kami CS fansbetting
kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^