Saturday, December 25, 2021

Bomoh Palsu Ditangkap Kerana Membunuh

 lihat foto

Kesal Anaknya Dimaki, Dukun Palsu di Garut Beri Daging Kambing Beracun ke-3 Korbannya, 2 Orang Tewas
TRIBUNJABAR.ID/SIDQI AL GHIFARI
Pelaku disoalsiasat Jumaat (24/12/2021). 


TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki dikenali sebagai YS (51) ditangkap polis Garut, Jawa Barat kerana disyaki membunuh dua orang dengan cara meracuni mangsanya.

Pembunuhan itu berlatarbelakang aksi penipuan bermodus operandi bomoh penggandaan wang.

Pelaku menipu mangsanya dengan mengaku sebagai paranormal yang mampu menghadirkan wang ghaib dari hasil ritualnya.

YS telah melakukan aksi penipuan tersebut sejak setahun terakhir.

"Pelaku ini yang dikenali sebagai YS alias Abah U  adalah warga Banjar,"  seperti dilansir Tribun Jabar.

Kelabui mangsanya

Untuk mengelabui mangsanya, pelaku membuat tempat penggandaan wang dari sebuah kotak terpakai.
Kotak itu kemudian diubahsuai menggunakan benang.

"Kotak dijalin benang, dibuat seperti jaring labah-labah di atasnya, kemudian wang ditumpuk di atasnya supaya nampak banyak padahal di dalam kotak itu kosong," kata pegawai polis yang diwawancara pada Jumaat, seperti dikutip Tribunnews.com dari Tribun Jabar.

Diketahui, wang yang ditumpuk itu juga merupakan hasil pemberian mangsanya sebagai syarat mendatangkan wang ghaib.

"Disimpan wang selembar-selembar jadi kelihatannya banyak, seperti penuh."

"Wang itu kepunyaan mereka yang sudah saya tukarkan di stesyen minyak," ungkapnya.

Wang hasil penipuan itu lalu digunakan pelaku untuk membiayai keperluan keluarganya dan juga dipakai untuk bertani.

Sakit hati anaknya dimaki korban

Kasus ini bermula, apabila pelaku tidak mampu mendatangkan apa yang ia janjikan kepada mangsanya.

Mangsa yang kecewa kemudian mendatangi rumah pelaku(bomoh palsu) dan memaki-makai anak bomoh palsu itu dengan perkataan kasar. Dia juga mengatakan pelaku itu seorang pembohong

Mendengar anaknya dimaki pelaku sakit hati, kemudian mengajak mangsa
 untuk melakukan ritual di pantai selatan Kabupaten Garut.

Ritual itu dilakukan pada 15 Disember 2021 lalu di Santolo, Garut Selatan.

Dalam ritual tersebut, YS menyuruh mangsa untuk memakan daging kambing yang sudah disediakan sebanyak 1 setengah kilogram.

Daging kambing tersebut ternyata sudah diracuni oleh pelaku dengan menggunakan racun tikus.

Akibatnya, dua korban yang memakan daging kambing itu meninggal dunia, sedangkan satu lainnya kritikal.

"Kejadiannya pukul 21.30 WIB, ketiga mangsa mengonsumsi daging tersebut yang ternyata sebelumnya sudah dicampur racun tikus jenis tenik."
 Sehingga akhirnya ketiganya bereaksi yang mengakibatkan dua orang mangsa meninggal dunia dan seorang kritikal.

Atas perbuatannya itu, pelaku dijerat dengan Akta 302 serta, dan  penipuan

YS terancam hukuman maksimum lebih kurang 20 tahun penjara


No comments:

Post a Comment