Monday, February 14, 2022

'50 kes kematian Covid-19 dalam 3 hari tak boleh diterima'

 

mk-logo
BERITA

Veteran DAP Lim Kit Siang berpandangan 50 kes kematian pesakit Covid-19 dalam masa tiga hari adalah sangat tinggi dan tidak boleh diterima.

Dalam kenyataan hari ini, Lim mempersoalkan bila Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan menangani kadar kematian tersebut.

"Jumlah kumulatif kematian Covid-19 di Malaysia kini ialah 32,125, berbanding Jepun dengan 20,202 kematian, Pakistan (29,772), Bangladesh (28,819), China (4,638), Korea Selatan (7,081), Singapura (897) dan Taiwan (851)," katanya lagi.Dalam kenyataan hari ini, Lim mempersoalkan bila Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan menangani kadar kematian tersebut.

"Malaysia telah mencatatkan 50 kematian akibat Covid-19 dalam tiga hari yang lepas masing-masing 11 kematian semalam, 15 kematian pada hari Sabtu dan 24 kematian pada hari Jumaat.

"50 kematian Covid-19 dalam tiga hari adalah sangat tinggi dan tidak boleh diterima – bilakah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan menangani kadar kematian Covid-19 yang tinggi di Malaysia?" katanya.

Untuk rekod, setakat ini 522 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 44.4 peratus atau lima meninggal dunia tanpa mendapat rawatan di hospital.

Lim yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri membangkitkan Malaysia yang mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 972 kematian bagi setiap satu juta penduduk dan keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan – semuanya di Timur Tengah.

No comments:

Post a Comment