Sunday, February 27, 2022

PMO tak puas hati laporan kenyataan PM isu Ukraine oleh Malaysiakini

 27/2/22

mk-logo
BERITA
3

Pejabat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyatakan rasa kecewa terhadap laporan Malaysiakini yang memetik kenyataannya mengenai Ukraine.

Dalam laporan itu, Malaysiakini menyorot bahawa Ismail tidak menggunakan istilah “pencerobohan” untuk menggambarkan serangan Rusia ke atas Ukraine, sebaliknya merujuk ia sebagai "konflik".

Ismail juga tidak menyebut Rusia dalam kenyataan itu, atau menamakan pihak yang mempunyai 'konflik' dengan Ukraine.

Dalam e-mel kepada Malaysiakini malam ini, setiausaha akhbar perdana menteri berkata Pejabat Perdana Menteri (PMO) kecewa dengan laporan Malaysiakini.

Seperti kenyataan Ismail sebelum ini, e-mel dalam bahasa Inggeris itu juga tidak menamakan Rusia atau mengatakan secara langsung bahawa Rusia menyerang Ukraine.

“Kami amat kecewa dengan cara Malaysiakini menyiarkan artikel itu yang jelas melencong daripada kandungan siaran akhbar asal yang dikeluarkan kepada anda mengenai perkara itu.

“Daripada menonjolkan kebimbangan PM terhadap konflik di Ukraine dan rakyatnya, dan gesaannya yang mendesak agar semua pihak menyelesaikan krisis secara baik melalui rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa, anda telah sengaja salah memetik perkataan yang digunakan dalam siaran akhbar dan mengalihkan intipati kenyataan akhbar itu sepenuhnya.

"Melihat artikel yang anda terbitkan, anda menggambarkan bahawa perdana menteri memperkecilkan keseriusan perkara itu," tulis setiausaha akhbar itu.

Setiausaha akhbar itu menambah bahawa Ismail telah mengambil pendirian yang tegas terhadap tindakan "pencerobohan oleh mana-mana negara" sambil menyeru kepada keamanan, tidak seperti negara lain yang kekal berkecuali.

Laporan Malaysiakini sebelum ini turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh negara jiran termasuk Singapura dan Indonesia.

Singapura berkata ia "sangat prihatin" dan "mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan tanpa provokasi" terhadap Ukraine oleh Rusia.

Begitu juga, Indonesia menyifatkan "serangan ketenteraan" oleh Rusia "tidak dapat diterima".

Berikut merupakan e-mel penuh PMO kepada Malaysiakini:

Dear editor,

Reference is made to your article dated 26.2.21" Ukraine situation: PM not calling it an 'invasion'"

We are very disappointed on how Malaysiakini has published the article which has clearly diverted from the content of the original Press release that was issued to you on the matter

Intead of highlighting the PM's concern on the conflict in Ukraine and its people, and his urgent call for all parties to amicably resolve the crisis through negotiations based on international law, you have deliberately mis-quoted a word used in the press release and diverted the gist of the PR entirely.

Looking at the article that you have published, you are implying that the PM is playing down the seriousness of matter.

Freedom of press does allow you to write freely, but there is also an obligation for you to raise an article that uphold the truth.

The article published was merely an attempt by your press to just to gain readers than reporting the truth.

The PM has taken a strong stand against an act of invasion by any country and call for peace to be uphold, unlike certain countries who remain to be neutral over the crisis.

Thank you

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment