Tuesday, February 8, 2022

Tak perlu surat ganti rugi jika yakin dos penggalak selamat, Asri beritahu KKM

 FMT Reporters

 
February 8, 2022 
Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mahu KKM membuktikan dos penggalak vaksin Covid-19 selamat dengan memberi jaminan pampasan akan diberi ‘jika berlaku kesan buruk ke atas penerima’.

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak harus mewajibkan orang ramai menandatangani surat melepaskan tuntutan ganti rugi sekiranya yakin dos penggalak vaksin Covid-19 selamat.

Beliau berkata demikian selepas mendakwa ramai orang memaklumkan ada penerima yang mendapat kesan buruk selepas menerima dos penggalak.

“Jika KKM yakin tiada risiko buruk dos penggalak, maka saya dengan ini mohon mencadangkan supaya penerima tak perlu tandatangan surat yang menghalang tuntutan ganti rugi, sebaliknya KKM memberi jaminan bayaran pampasan jika berlaku apa-apa kesan buruk kesihatan kepada penerima,” katanya dalam kenyataan.

FMT telah menghubungi Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengulas kenyataan Asri itu.

Dalam pada itu, Asri mahu KKM membuktikan dos penggalak vaksin Covid-19 selamat dengan memberi jaminan pampasan akan diberi “jika berlaku kesan buruk ke atas penerima”.

“Jika tidak, saya lihat kemarahan rakyat dalam isu ini makin membesar dan sukar ditangkis oleh kerajaan,” katanya.

Pegawai Khairy ketika dihubungi berkata, menteri tidak akan memberikan sebarang reaksi kepada cadangan Asri itu.

Semalam, Khairy berkata, hanya segelintir penerima dos penggalak dilaporkan mengalami kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI).

Katanya, kadar pelaporan AEFI bagi dos penggalak direkodkan pada kadar 84 bagi setiap 1,000,000 dos, berbanding kadar pelaporan AEFI keseluruhan, iaitu 390 per 1,000,000 dos.

Asri sebelum ini menyuarakan kebimbangan berhubung keselamatan dos penggalak selepas bapanya dimasukkan ke hospital lebih seminggu, susulan keadaan kesihatannya merosot selepas menerima suntikan ketiga itu.

Pada 17 Jan lalu KKM berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian AEFI membabitkan bapa Asri.

6 comments:

  1. Setelah terkena keluarga sendiri. Barulah rasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga Asri yang lain termasuk emak beliau yang disuntuk dos penggalak tak ada apa-apa. Kes kematian kurang. Apa masalahnya? Habis kita nak jadi macam di Itali atau UK satu ketika dulu ke? Mati beribu-ribu orang sehari?

      Sepatutnya buat macam Asri cakap di youtube, kalau ada sakit kronik dan sebagainya kena pemeriksaan lebih terperinci sebelum disuntik. Islam suruh tanya yang pakar kalau tak tahu jangan tanya anti-vaksin yang bukan pakar perubatan. Kita yang ada sedikit ilmu perubatan pun dengar dah tahu bodoh.

      Delete
  2. Itulah yg terjadi kpd rakyat marhein

    ReplyDelete
  3. Di paksa cucuk, tapi tiada ganti rugi jika ada kesan buruk kepada yang dicucuk ,inilah di antara kegilaan akhir zaman dunia dipimpin oleh golongan lalok terlajak pandai.

    ReplyDelete
  4. Buatlah selagi ada kuasa.. Tak ingatkan ada balasan kat Padang Masyhar

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete