Saturday, April 9, 2011

Hukum rotan di Acheh


gambar hiasan, dirotan kerana kesalahan berjudi di Aceh
 BANDA ACEH  -  Dua pasangan yang didapati bersalah kerana melanggar syariat Islam di kawasan Banda Aceh menjalani hukuman rotan     oleh   Mahkamah Syariat Aceh Besar pada Jumaat 8 April 2011. Demikian
kata pendakwa raya, Bendry Almy.
Mereka yang melanggar hukuman syariah ini adalah Sudirman Bin Bintang, Irdayanti Binti Mukhtar, Rudi Setiaan Yudi dan Nuramalia Binti Usman Ali. Kedua pasangan ini  didapati bersalah kerana berkhalwat.
gambar ehsan kosmo. Irdayanti pengsan setelah menerima hukuman.
Kedua pasangan ini ditangkap karena melakukan perbuatan tidak senonoh yakni berdua-duaan di tempat sunyi dengan pasangan masing-masing dan menonton video lucah melalui telepon bimbit
Kedua pasangan ini ditangkap di lokasi yang berbeda pada bulan lalu, dan mereka melanggar hukum syariat Islam dan dikenakan hukuman rotan maksima  9 kali rotan.

Setelah mendapat ketetapan hukuman dari Mahkamah Syariah Aceh Besar, kedua pasangan ini menerima hukuman rotan  di depan Masjid Al-Munawarah, Jantho, Kabupaten Aceh Besar. 

Ini pula kisah sebelumnya  di Jantho juga, sepasang kekasih yang  masing-masing telah berkahwin  iaitu Anis Saputra (24) dan Kiki Hanafilia (17) dirotan masing-masing delapan kali di halaman Masjid Al Munawarah, Jantho, Aceh Besar, Jumaat 10 Desember 2010  karena berkhalwat.
gambar hiasan
Hukuman rotan ke atas  Anis dan Kiki disaksikan ratusan orang. Hukuman dilakukan setelah mereka didapati bersalah kerana bercumbuan di kawasan hutan pada malam Jumaat 22 October 2010. Mereka   bukan muharam, lagipun  keduanya telah berkahwin.

Sebelum itu ada lagi hukuman rotan terhadap dua wanita, Murni dan Rokiah  kerana kesalahan menjual nasi di bulan puasa. Murni dan Rukiah, masing-masing menerima  hukuman rotan  tiga kali dan dua kali tiap-tiap seorang. 
Hukuman  rotan di Aceh dimulakan sejak tahun 2004 lagi. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Di Aceh, berpakaian senteng di atas punggung (macam baju T juga) dianggap menyalahi undang-undang. Sila buat google sebelum ke Aceh kerana kami pernah buat silap pakai baju T di khalayak ramai.

    Nasib baik tak kena tangkap tetapi kami jadi hairan kerana semua orang pandang dengan pelik. Dah balik baru tahu bahawa di Aceh, ada etika berpakaian.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas maklumat.memang depa menjalankan hukum Islam sebenar.

    ReplyDelete
  3. ini lah budaya islam yang zionis bimbing,mereka xdpt melalaikan kita dgn dunia,insyallah di malaysia akan terlaksana undang islam secara berperingkat sebegini. = )

    ReplyDelete