Friday, April 15, 2011

Pelakun video porno Trio Datuk T dikenal pasti


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti identiti lelaki dalam rakaman video porno yang didedahkan oleh Trio Datuk T baru-baru ini. 

Tan Sri Ismail berkata polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk merekodkan keterangan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dikaitkan dengan video berkenaan.

"Polis telah mengetahui siapa lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video itu, tetapi tidak perlu saya dedahkan nama individu terbabit. Identiti lelaki berkenaan dikenal pasti melalui bukti dan fakta yang kukuh selepas pakar mengesahkan video itu adalah tulin. Berkenaan perempuan itu, pasukan siasatan lebih mengetahui," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam. 

Rakaman video itu jugak katanya, akan dianalisis oleh pakar-pakar lain termasuk dari dalam dan luar negara. Mengikut prosedur siasatan polis, polis tidak boleh mendedahkan identiti lelaki berkenaan, begitu jugak dengan lokasi di mana video itu dirakam, juga pihak yang mendalanginya kerana ia tidak boleh diberitahu ketika ini. 

Tambahnya lagi polis serta pendakwa raya akan menyemak dari pelbagai sudut samada akan mengambil tindakan ke atas pelakun video berkenaan setelah siasatan selesai dilakukan.

Berkenaan jam tangan jenama ‘omega’ pula , katanya setakat ini polis belum menerima maklumat berhubung pendaftaran pembelian jam tangan tersebut, "Tetapi kita percaya, maklumat pembelian jam itu akan diserahkan oleh pengedarnya dalam tempoh terdekat.'' 

Siasatan video seks itu dijangka dapat diselesaikan minggu hadapan sebelum kertas siasatan diserahkan semula kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Ada sesiapa mau komen ? Ada berani komen ?
Polis kata dah kenal pasti pelakunnya, tapi analisis dari pakar lain dari dalam & luar negara belum buat lagi. Macamana ? Jangan fikir banyak nanti pening.

catatan indah.com 15 april

1 comment:

  1. polis malaysia memang cekap.sama cekap ngan mossac.tak caya tanya ketua polis negara

    ReplyDelete