Tuesday, September 27, 2011

Penjaga Kubur Curi Gitar Mahal Dari Keranda Milik Simati

  
  27 September 11
WISCONSIN - Steven Conard (39), seorang penjaga kubur harus  naik mahkamah  , akibat mencuri gitar Fender Telecaster seharga USD2,000  ,  milik sang mayat yang hendak dimakamkan di perkuburan Katolik Allouez.

Conard telah  mengaku kepada  polis  Wisconsin bahawa dia telah mencuri gitar tersebut  dan berkata bahawa gitar tersebut terlalu mahal untuk berada di dalam kubur.

Gitar tersebut masih berada di peti mati ketika   jenazah dibawa ke pemakaman pada Khamis (22/9), namun seorang petugas lainnya merasa curiga akan kehilangan  gitar tersebut ketika jenazah hendak dikuburkan.

"Di dalam peti itu ada Tele (Fender Telecaster), gitar yang sangat mahal    . Gitar Itu sangat mahal untuk berada di dalam kubur," ujar teman pelaku, meniru apa yang dikatakan Conard sebelumnya, sebagaimana dilansir Newscore, Selasa (27/9).

Conard pun disiasat  kerana gitar tersebut memang telah ghaib dari dalam peti.

Setelah penangkapannya, Conard mengatakan kepada polis , "Ini bukan sesuatu yang biasanya saya lakukan, saya hanya punya rasa hormat untuk instrumen muzik yang baik," ujarnya.

Conard dibebaskan dengan jaminan bernilai USD2,500  dan akan kembali ke mahkamah pada 13 Oktober akan datang

No comments:

Post a Comment