Thursday, December 29, 2011

Pemimpin PAS berjiwa besar, junjung ukhwah



Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mengucapkan terima kasih dan penghargaan setingginya kepada pucuk pimpinan PAS yang berjaya menyelesaikan kemelut dalaman secara penuh ukhwah dan semangat persaudaraan melalui pertemuan khusus yang diadakan semalam.

“DPP Malaysia merasa terharu kerana pimpinan PAS bingkas menyelesaikan segala konflik dan kemelut dalaman yang membelenggu PAS beberapa minggu ini dengan penuh sifat tawadduk dan merendah diri,” kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Katanya, pertemuan dan penyelesaian penuh bermakna antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa pastinya akan menjernihkan keadaan dan memadamkan fitnah yang selama ini membakar dan meliar di dalam gerakan Islam itu.

Menurutnya, masyarakat khususnya yang beragama Islam melihat bahawa PAS mampu menjadi contoh kepada semua parti politik bagaimana pengurusan konflik boleh diselesaikan dengan baik dan mudah tanpa persengketaan yang panjang.
Katanya, meskipun terdapat perbezaan pandangan dan pendapat dalam beberapa perkara, akhirnya ia mampu diselesaikan di meja rundingan dalam pertemuan penuh mahabbah.
Tambahnya lagi, ternyata segala tohmahan liar segelintir golongan bahawa kemelut dalaman PAS tidak akan berkesudahan adalah suatu tuduhan tidak berasas.

PAS, ujarnya membuktikan masih menjunjung tinggi nilai ukhwah, perpaduan dan persaudaraan yang bertunjangkan kepada akidah perjuangan Islam.
“Nilai ini terus bertahan dan tidak akan luput sejak ia ditubuhkan dan selama mana hayat PAS di persada tanah air ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, DPP Malaysia percaya penyelesaian baik yang ditunjukkan antara pimpinan PAS membuktikan kepemimpinan PAS berjiwa besar dan sanggup berlapang dada bagi menyelesaikan permasalahan mereka secara baik.

PAS juga, katanya dilihat mampu menjadi pengganti Umno BN yang sudah semakin mereput menanti ajal.
“Insya Allah, keteladanan yang terpuji oleh kepemimpinan tertinggi PAS mampu menjadi bekal buat semua ahli dan pendokong PAS bekerja bersungguh-sungguh  bagi memastikan kemenangan dalam PRU ke-13,” katanya lagi. HarakahDaily

Ini pulak laporan The Star - lain bunyinya
Hasan menafikan laporan Harakah yang mengatakan beliau ke Kota Baru semata-mata untuk bertemu pemimpin tertinggi Pas dan untuk meminta maaf atas kenyataan yang dibuatnya terhadap parti.

Hasan berkata beliau sudah pun menarik balik komennya yang menyentuh isu Negara Kebajikan semasa press conference dikediamannya pada 24 Disember dan meminta maaf kepada pemimpin parti waktu yang sama.

Hasan kecewa/kesal kerana Harakah telah diberi peringatan supaya jangan lagi memutarbelitkan fakta yang akan menyebabkan kekeliruan dan pecahbelah.

Beliau dijemput hadir ke Kota Baru dan perjumpaan berlangsung dalam suasana yang tenang dan jujur. Antara yang dibincangkan adalah halatuju parti, persiapan PRU dan fungsi Harakah sebagai suara resmi parti..

Mereka yang hadir telah berikan pandangan masing-masing dan beliau turut terharu dengan pengiktirafan yang diberikan oleh kepimpinan Pas terhadap misinya dalam memperjuangkan Islam dinegara ini.

No comments:

Post a Comment