Monday, 9 July 2012
Kami berpendapat sejak akhir-akhir ini,
sudah kerap kali Tun Dr. Mahathir tampil di media menjadi pemerhati dan
memberikan komen balas mengnai isu-isu semasa di Malaysia ketika ini dan
tidak lupa menyampaikan beberapa panduan serta nasihat sebagai
persediaan kepada parti Barisan Nasional secara keseluruhannya sebelum
menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang mana tempoh matangnya semakin
lama, semakin mengecil.
Termasuklah antara pemerhatian Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Chedet
beranggapan harapan parti yang pernah dipimpin selama tempoh 22 tahun
lamanya iaitu parti Barisan Nasional untuk memerintah negeri Kelantan
hanya anggan semata tidak sama sekali boleh menjadi realiti disebabkan
mentaliti rakyat kelantan sendiri…..
Berdasarkan ulasan dan coretan Chedet di laman blognya memberikan
beberapa ciri yang ada pada rakyat kelantan sehingga menyukarkan
usaha parti Barisan Nasional untuk menembusi kubu PAS di Kelantan.
Antara sebabnya ialah :
- Rakyat Kelantan terlalu taksub kepada pemimpin mereka ini (pemimpin PAS termasuklah Nik Aziz) diibaratkan seperti sanggup minum air basuh kaki pemimpin mereka
- Rakyat Kelantan sukar untuk mengakui kebenaran walhal Chedet merasakan yang mana rakyat Kelantan sedar keraguan yang timbul perbuatan pemimpin PAS
Di
atas ini adalah pendapat Chedet terhadap rakyat Kelantan yang terus
dinaungi oleh kerajaan PAS selama tempoh 22 tahun sejak tahun 1990.
Di sini, ada baiknya kami ingin terus bertanya pula kepada rakyat
Kelantan
amnya dan rakyat Malaysia umumnya tentang kebenaran disebalik kenyataan
yang dilemparkan oleh Chedet. Adakah ia sebenarnya ada asasnya dan
kebenrannnya atau ia hanyalah sekadar pemainan persepsi semata?
No comments:
Post a Comment