Wednesday, September 5, 2012

Syarikat lombong emas saman Malaysiakini, FMT



malaysiakini  Sep 4 2012  
Raub Australian Gold Mining (RAGM) Sdn Bhd telah memulakan tindakan undang-undang terhadap dua portal berita kerana didakwa memfitnahnya - hanya dua hari selepas berlangsungnya Himpunan Hijau di Raub.

bukit koman gold mining cyanide 010207 lakeDalam siaran akhbar hari ini, syarikat itu mendakwa artikel yang disiarkan oleh Malaysiakini dan Free Malaysia Today telah merosakkan reputasinya.

Syarikat itu berkata dakwaan bahawa sodium cyanide yang digunakan untuk pengekstrakan emas berbahaya kepada penduduk Bukit Koman, adalah tidak berasas.

Katanya, dakwaan yang tidak berasas itu telah mengelirukan orang ramai di dalam dan di luar Bukit Koman, dan telah mencemarkan nama dan reputasi RAGM.

RAGM menegaskan bahawa pihaknya mematuhi semua undang-undang yang berkaitan, serta mengulangi komitmennya untuk memastikan semua langkah perlu diambil untuk menjamin keselamatan pekerjanya, masyarakat setempat dan persekitaran operasinya.

RAGM berhujah bahawa lojinya telah beroperasi menggunakan sodium cynide selama tiga tahun dan tidak ada laporan yang dikemukakan oleh mana-mana pakar perubatan untuk membuktikan bahawa penyakit mereka adalah semata-mata disebabkan oleh bahan kimia tersebut.

NONESementara itu Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven
Gan berkata portal berita itu akan berdepan dengan saman tersebut, serta menyifatkan kes itu sebagai satu pendakwaan terpilih kerana organisasi media lain juga melaporkan isu yang sama secara meluas.

"Malaysiakini melaporkan aduan penduduk Bukit Koman dengan niat yang baik, dan ia adalah kewajiban kami sebagai wartawan untuk melaporkan semua perkara demi kepentingan awam."

RAGM telah dinamakan MKini Dotcom Sdn Bhd dan tiga wartawannya sebagai defendan manakala MToday News Sdn Bhd serta seorang wartawannya dinamakan sebagai defendan dalam saman yang berasingan.

No comments:

Post a Comment