Sunday, January 27, 2013

Ringgit diunjur turun minggu depan


January 26, 2013 TMI
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Ringgit dijangka susut berbanding dolar AS minggu depan berikutan permintaan komersial yang lemah bagi mata wang tempatan itu, kata seorang penganalisis.
Ringgit berkemungkinan bergerak di antara 3.0440 dan 3.0660 bagi setiap dolar AS. — Gambar AFP
Penyusutan permintaan ini diramalkan bagi mata wang tempatan itu kerana pasaran saham tempatan dijangka bergerak mendatar selanjutnya minggu depan.
 
“Jangkaan ini akan mempengaruhi selera pelabur dan mendorong mereka memilih untuk tidak memasuki pasaran,” kata penganalisis itu.
Ringgit berkemungkinan bergerak di antara 3.0440 dan 3.0660 bagi setiap dolar AS.

Penganalisis itu berkata kebanyakan pelabur juga memilih untuk berada di luar pasaran sambil menunggu gambaran yang lebih jelas tentang pilihan raya umum yang bakal diadakan.
Bagi minggu baru berakhir, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Amerika itu dalam pasaran yang berubah-ubah ekoran sokongan belian yang lemah.

Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini pada 3.0440/0460 berbanding dolar AS, daripada 3.0100/0130 Jumaat lepas.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.4764/4796 daripada 2.4543/4576dan turun berbanding yen kepada 3.3557/3583 daripada 3.3463/3500.
Mata wang Malaysia itu juga lebih rendah berbanding pound Britain pada 4.8126/8169 daripada 4.8006/8060 dan turun berbanding euro kepada 4.0869/0905 daripada 4.0223/0272 sebelumnya. — Bernama

No comments:

Post a Comment