Friday, March 15, 2013

Mahkamah akan dengar rayuan tentang ‘Allah’ pada Mei


March 14, 2013
Kes rayuan penggunaan 'Allah' akan dibawa ke bulan Mei. — Gambar failKUALA LUMPUR, 14 Mac — Pertelingkahan penggunaan perkataan "Allah" akan mula dibicarakan kembali di mahkamah Mei ini, dan dilihat bakal memberikan pencerahan kepada Muslim dan bukan Muslim di negara ini yang bertelagah sejak tiga tahun lalu berhubung pengggunaan perkataan Arab tersebut.
Mahkamah Rayuan menetapkan pendengaran oleh enam pihak berkuasa agama negeri pada 8 Mei menentang keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang memberikan kebenaran kepada Gereja Katolik untuk menggunakan prkataan Arab itu dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka, The Herald, dan menambah "Allah" tidak hanya eksklusif kepada Islam.

Peguam Gereja Katolik S Selvarajah berkata kepada The Malaysian Insider rayuan telah ditetapkan hari ini selepas kes di bawa ke mahkamah rayuan.
"Pengurusan kes untuk rayuan pada 25.4.2013. Pendengaran rayuan oleh pihak berkuasa negeri pada 8.5.2013," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Enam pihak berkuasa agama negeri itu adalah:Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu. Mereka menegaskan perkataan "Allah" eksklusif untuk umat Islam.

Persatuan Cina Muslim Malaysia juga dijangka bersedia untuk mencabarnya.
"Mereka merayu untuk mengetepikan, yang mana rayuan perlu didengar dahulu," kata Selvarajah, merujuk kepada cabaran pihak berkuasa agama tersebut yang sebelum ini ditolak Mahkamah Tinggi.
Kementerian Dalam Negeri merayu kepada Mahkmah Tinggi, hanya ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 April tanpa sebarang tarikh khusus untuk pendengaran.
Rayuan itu difailkan KDN awal 2010.
Gereja Katolik bersetuju dengan larangan KDN daripada menerbitkan perkataan Allah sehingga rayuan itu selesai.

Krisis penggunaan kalimah Allah muncul sejurus Pilihan Raya 2008 dan sekali lagi pada Pilihan Raya 2013 yang mana menimbulkan pertelagahan antara Muslim dan bukan Muslim di negara ini.
Majoriti rakyat Malaysia adalah Muslim dengan membentuk 60 peratus daripada keseluruhan 28 juta populasi penduduk.
Isu penggunaan kalimah itu kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sekali lagi menggesa kerajaan untuk membenarkan ianya digunakan komuniti Kristian dalam perutusan Krismas 2012.
TMI

No comments:

Post a Comment