myMetro 09 April 2013
Baru dua tahun aktif dalam seni, nama Josiah Hogan sudah menjadi
perhatian ramai. Dia yang pernah membintangi beberapa drama seperti
Projek Pop, Bicara Hati dan telefilem Tangisan Langsuir kini muncul
mempertaruhkan lakonan mantapnya untuk drama Cinta Jangan Pergi.
Kini ditayangkan di TV9, jam 8.30 malam setiap Sabtu dan Ahad, Josiah
atau nama sebenarnya, Josiah Padilla Hogan melakonkan watak sebagai
Hudd, lelaki kedua yang muncul dalam hidup Lea Soraya lakonan Tiz
Zaqyah, sekali gus membuatkan gadis itu keliru untuk terus menunggu buah
hatinya, Kalil lakonan Remy Ishak.
Cinta Jangan Pergi mengisahkan percintaan Lea dan Kalil yang bertemu
di London ketika masing-masing melanjutkan pengajian. Mereka kemudian
diuji dengan misteri kehilangan Kalil secara tiba-tiba. Kalil yang
pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan Lea ditemui terbabit kemalangan dan
ia membuatkan Lea amat sedih dan cukup trauma.
Dalam pada itu, muncul Hudd dalam hidup Lea yang memberikannya harapan. Jadi, adakah kasih Lea akan menjadi milik Hudd? Semua ini pastinya menarik perhatian penonton untuk mengetahui perjalanan cinta tiga segi itu. Bahkan, apakah sebenarnya menimpa Kalil yang begitu memberi kesan mendalam pada Lea?
Dalam pada itu, muncul Hudd dalam hidup Lea yang memberikannya harapan. Jadi, adakah kasih Lea akan menjadi milik Hudd? Semua ini pastinya menarik perhatian penonton untuk mengetahui perjalanan cinta tiga segi itu. Bahkan, apakah sebenarnya menimpa Kalil yang begitu memberi kesan mendalam pada Lea?
Drama percintaan hebat sentuhan Kabir Bhatia sebanyak 26 episod ini diyakini memenuhi kehendak penonton dengan plot cerita yang padat serta gandingan pelakon berkaliber termasuk Nadiya Nisaa, Bil Azali, Ramona Zam Zam dan Kartina Ayoob.
Josiah yang ditemui ketika sesi tayangan perdana Cinta Jangan Pergi di Damansara baru-baru ini berkata, dia sangat berbesar hati apabila mendapat peluang bekerja di bawah pengarah terkenal seperti Kabir.
Katanya, sebagai pendatang baru, ia satu peluang keemasan yang berharga.
“Saya tidak pernah menyangka akan mendapat peluang bekerja dengan Kabir memandangkan masih baru. Namun, dengan kepercayaan diberi membuatkan saya berasa harus membuktikan bakat sebenar. Malah, saya juga bertuah digandingkan bersama barisan pelakon diminati ramai.
“Secara tidak langsung, ia membantu saya belajar serta menimba pengalaman dengan mereka. Kini, harapan saya semoga lakonan dipersembahkan dalam drama Cinta Jangan Pergi diterima baik penonton. Semoga watak Hudd ini juga membantu untuk pembabitan saya sebagai pelakon semakin dikenali penonton,” katanya.
Memiliki wajah kacak, ia juga pakej buat Josiah atau mesra dengan sapaan Jo itu. Biarpun lahir di Amerika Syarikat dan berketurunan Latin, jejaka berusia 26 tahun ini juga fasih dengan dialek Kelantan. Bahkan, dia yang sudah menjejakkan kaki ke Kelantan pada usia tujuh tahun itu juga beragama Islam.
Memiliki nama Islam Mohamad Musleh, dengan ketinggian dimiliki Josiah juga, dia turut aktif sebagai model iklan. Pun begitu, minat mendalam pada lakonan membuatnya dia tekad mencuba nasib. Enggan bersandar pada ketampanannya semata-mata, Josiah ingin dikenali menerusi hasil seninya.
Berbakat juga dalam bidang nyanyian, Josiah yang pernah melakonkan watak Razif dalam drama Bicara Hati arahan Osman Ali sebelum ini menyifatkan dia seorang yang tidak cerewet dalam memilih karakter.
Bagaimanapun, kini dia cukup gembira dan bersyukur dapat membintangi drama Kabir.
No comments:
Post a Comment