Monday, April 15, 2013

Rafizi Pulak Saman Papa Gomo


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu menyaman pemblog kontroversi, Papa Gomo atas alasan telah memfitnah beliau, kononnya pernah dipecat oleh Petronas.

Menurut Rafizi, beliau telah mengarahkan peguamnya, Razlan Jalaluddin untuk mengemukakan surat tuntutan terhadap Papa Gomo secepat mungkin untuk memulakan proses undang-undang.

"Saya percaya Papa Gomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak menerima surat tuntutan tersebut termasuk menafikan Wan Muhanad Azri Wan Deris sebagai Papa Gomo.

"Malah tindakan mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh juga adalah helah beliau untuk meletakkan orang lain yang akan mengaku sebagai dirinya bagi mengelak tindakan saman ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Penjelasan Rafizi boleh dibaca melalui blognya : http://rafiziramli.com/2013/04/perletakan-jawatan-petronas/

No comments:

Post a Comment