KUALA LUMPUR, 10 Mei — Kedudukan Ketua Pembangkang perlu setaraf dengan jawatan menteri, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) hari ini merujuk kepada siri pembaharuan Parlimen beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum 2013.
“Pertama
sekali, Ketua Pembangkang di Parlimen perlu diberi status menteri
sebagai komitmen untuk mempromosikan dan demokrasi di Parlimen,” kata
Lim ketika sidang media di Ibu Pajabat DAP di sini.
Beliau turut berkata Ketua Pembangkang yang kini daripada Pakatan
Rakyat (PR) perlu diberi penghormatan penuh dan dirujuk penuh berhubung
perkara berkaitan Parlimen.
Jelas Lim, Ketua Pembangkang juga perlu menerima jumlah elaun serupa
seperti kebanyakan menteri Kabinet, termasuk kereta rasmi sebagai
“kelebihan.”
Lim juga turut berkata, jawatan itu juga perlu disediakan
sekurang-kurangnya dua setiausaha politik, seorang setiausaha sulit, dan
tiga pembantu penyelidik.
Selain itu, Lim turut menuntut peruntukan tahunan RM500,000 kepada
semua ahli Parlimen, tidak terhad hanya kepada ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN), seperti yang menjadi amalan biasa.
Ahli Parlimen pembangkang juga kata Lim turut mengetuai Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menyelia penggunaan dana awam.
Malaysia jelasnya sentiasa melantik ahli Parlimen kerajaan bagi mengisi jawatan terbabit.
Peruntukan individu RM500,000 itu hanya boleh digunakan untuk
menjalankan tugas selaku ahli Parlimen, tanpa sebarang salah guna, yang
mana jelas Lim boleh dikenakan tindakan penyingkiran daripada Parlimen.
Ahli Parlimen pembangkang juga kata Lim turut mengetuai Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menyelia penggunaan dana awam.
Malaysia jelasnya sentiasa melantik ahli Parlimen kerajaan bagi mengisi jawatan terbabit.
Beliau turut menegaskan, fungsi PAC adalah membuat semakan terhadap
perbelanjaan kerajaan sekiranya berlaku “salah guna dana, ketirisan, dan
penipuan” dengan laporan tahunan menjadi penanda aras untuk pentadbiran
yang baik.
“Tetapi di Malaysia tiada siapa peduli berkenaan laporan PAC, kerana
tanpa pemimpin pembangkang, PAC tidak dapat melaksanakan tugas mereka
dengan berkesan,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Veteran itu turut mencadangkan agar undang-undang dan peraturan
mewajibkan menteri hadir ke Parlimen dan menjawab soalan kecuali mereka
tidak berada di dalam negara.
“Ini paling tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau turut meminta siaran langsung prosiding Parlimen disiarkan
supaya pengundi boleh melihat calon yang dipilih dan masa yang lebih
diperuntukkan untuk setiap wakil rakyat berucap di Parlimen.
Ditanya sama ada DAP akan mengambil kedudukan sebagai Ketua
Pembangkang ekoran jumlah kerusi yang dimenangi mereka lebih banyak, Lim
berkata mereka masih memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
untuk jawatan tersebut.
“Saya telah mencadangkan Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau adalah calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat.
“Walaupun kami masih belum berjaya ke Putrajaya, beliau adalah calonnya,” kata Lim lagi.
No comments:
Post a Comment