Thursday, May 16, 2013

Najib namakan Kabinet baru dengan muka lama, sedikit muka baru

May 15, 2013
KUALA LUMPUR, 15 Mei — Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinet baru hari ini yang didominasi oleh pemimpin kanan Umno dan muka baru dari Sabah dan Sarawak termasuk kejutan kemasukan pemimpin Transparency International, Datuk Paul Low. 
 
Kemasukkan ahli veteran Umno dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam Kabinet dan indikasi jelas Najib memberikan tumpuan kepada pemilihan Umno yang akan berlangsung akhir tahun ini.

Khairy sekarang ini merupakan menteri belia dan sukan manakala Low adalah menteri di jabatan perdana menteri bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Muka baru lain adalah ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan mengetuai Kementerian Perancangan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy turut dinamakan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Saya menyifatkan ini sebagai Kabinet berimbang, mereka yang berpengalaman, teknokrat dan mereka yang mewakili golongan muda,” kata Najib membuka kata semasa mengumumkan Kabinet barunya sebentar tadi.

“Saya percaya mereka yang berpengalaman akan mengimbang dari segi kesinambungan berdasarkan pengalaman mereka sama ada sebagai timbalan menteri atau menteri sepenuhnya.

“Mereka yang merupakan teknokrat akan menyumbang dari segi kepakaran khusus mereka yang amat penting untuk menyumbangkan idea-idea yang kreatif lagi bernas untuk dipertimbangkan kerajaan.

“Mereka yang muda selain kebolehan mereka, dan juga dapat membawa cita rasa golongan muda kepada kerajaan,” tambah beliau lagi.
Timbalan Perdana Menteri kekal di sebagai Menteri Pelajaran 1 di dua kementerian digabungkan menjadi Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi dibantu oleh bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pelajaran 2.

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim Kabinet sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Naib-naib presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bertukar portfolio dimana Zahid berpindah ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala Hishamuddin pula ke Kementerian Pertahanan. Sementara Datuk Seri Shafie Apdal pula kekal sebagai menteri pembangunan wilayah dan luar bandar.
Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kekal sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri dan menteri kewangan kedua.

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel diletakkan sebagai menteri alam sekitar dan sumber asli.
Kabinet kali ini juga menyaksikan buat kali pertama dalam sejarah, parti komponen BN MCA tidak menghantar wakil. Walau bagaimanapun, jawatan menteri pengangkutan dikosongkan untuk parti itu akan tetapi dipangku oleh Hishamuddin.
The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment