KUALA LUMPUR, 28 Mei — Pemimpin MCA hari ini menyatakan bantahan
keras mereka terhadap kemungkinan perjanjian tidak adil oleh Matang
Holdings Bhd, mengatakan kepentingan pemegang saham syarikat berkait MCA
itu harus dipertahankan.
Menurut Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama-sama
dengan pemimpin kanan parti lain, mereka juga mencadangkan agar
mesyuarat tergempar (EGM) Matang dibatalkan Jumaat ini.
"Kita dengan tegas mendesak EGM Matang Holding yang ditetapkan pada
31 Mei dibatalkan," kata Liow dalam satu sidang akhbar di sini, merujuk
kepada mesyuarat dimana pemegang saham akan mengundi cadangan Matang
untuk pengambilalihan berbalik firma elektronik tersenarai Scope
Industries Bhd.
Pemegang terbesar saham Matang, syarikat milik MCA Huaren Holdings
dengan saham kawalan 10.75 peratus, sementara dikalangan 19,984 pemegang
saham minoriti dikatakan ahli MCA Johor dan sekutunya yang membeli
saham pada 1981 dan telah membantu mengumpulkan RM50 juta.
Di bawah perjanjian RTO, Matang perlu memindahkan RM25 juta dalam
bentuk tunai dan asset lain berjumlah berjuta sebagai pertukaran kepada
saham Matang.
Akan tetapi Liow mengatakan Huaren milik MCA tidak boleh mengundi
berkenaan cadangan RTO kerana ia melibatkan pelupusan aset parti.
Sebarang pelupusan ast parti mesti dibenarkan oleh sekurang-kurangnya
dua pertiga daripada 42 ahli jawatankuasa pusat (CC), kata Liow dengan
naib presiden Datuk Chor Chee Heung mengatakan ianya termaktub dalam
seksyen 146 perlembagaan parti.
"Walau bagaimanapun, Bendahari Agung MCA tidak membentangkan cadangan kepada CC atau mendapatkan kebenaran," kata Liow.
Beliau menekankan syarat-syarat perjanjian "berat sebelah" dan "tidak
menguntungkan" di mana pemegang saham Matang tidak akan dapat untuk
melupuskan saham mereka selama empat tahun, sebelum berkata lembaga
pengarah syarikat tidak menjelaskan perjanjian itu kepada mereka.
"Oleh itu, kami berpendapat Huaren Holdings, pemegang saham utama
Matang Holdings, tidak harus mengabaikan kepentingan para pemegang saham
minoriti. Tanpa kebenaran daripada parti, pemegang amanah Huaren
Holdings tidak sepatutnya menggunakan hak mengundi mereka. Jika terdapat
mana-mana pelanggaran, individu-individu yang berkaitan perlu
bertanggungjawab sepenuhnya."
Liow mengatakan, Huaren seharusnya melihat kepada yang terbaik bagi pemegang saham minoriti.
"Gagal melakukan ini MCA akan mengecewakan ahlinya, terutamanya yang
setia bersama saham Matang Holding lebih daripada 30 tahun. Ini boleh
menjejaskan parti yang telah dihukum dalam pilihan raya umum baru-baru
ini," kata Liow, dengan pandangan disokong oleh Ahli Jawatankuasa Pusat
MCA.
Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang
turut hadir mengatakan beliau telah membangkitkan perkara ini dua kali
dalam parti, sekali di peringkat negeri pada 19 Mei dan diperingkat
pusat pada 25 Mei.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak hadir dalam sidang akhbar tersebut.
Semalam, tiga anggota Parlimen DAP telah mempersoalkan perjanjian
Matang-Scope RTO, mempersoalkan sama ada ini adalah aktiviti "pelucutan
asset" oleh MCA.
"MCA mesti menjawab sama ada ia telah memulakan satu usaha pelucutan
aset dengan bertukar-tukar simpanan hasil titik peluh ahli-ahli biasa
MCA dan rakan-rakan mereka untuk mendapatkan kedudukan kewangan elit
politik dan kroni mereka," kata Liew Chin Tong, Tan Hong Pin dan Liow
Cai Tung dari DAP dalam satu kenyataan bersama semalam.
Di bawah perjanjian pengambilalihan berbalik, sebuah syarikat swasta
melangkau proses tawaran awam permulaan (IPO) untuk menjadi sebuah
syarikat disenaraikan dengan mengambil alih syarikat-syarikat yang sudah
ada di pasaran saham.
Ini berbeza dengan pengambilalihan biasa, dimana syarikat tersenarai
lebih besar mengambil alih kawalan syarikat swasta lebih kecil dengan
membeli saham.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment