GEORGE
TOWN, 17 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan terus mendesak kerajaan untuk
melakukan reformasi menyeluruh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika
Malaysia mahu melihat pilihan raya bersih pada masa akan datang, kata
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Bercakap
dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR
dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan
satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan
supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan
percaya dengan pilihan raya bersih.
“Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi
sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui
oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada
mana-mana parti,” katanya.
Menurutnya, hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh
pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan
dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal.
Beliau memberitahu ratusan hadirin di Komtar, PKR telah menyediakan
pasukan untuk menyiasat penipuan pilihan raya di beberapa kerusi
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik sahaja bukti
dikumpulkan, petisyen pilihan raya akan difailkan.
“Kita diberitahu untuk memfailkan petisyen, ia berkos RM50,000 untuk
setiap petisyen bagi setiap kerusi, ini bermakna, 27 kerusi yang kini
kami sedang siasat akan menyebabkan kos menghampiri RM1.5 juta jika kita
failkan petisyen,” katanya.
Beliau mengatakan mengapa parti itu untuk menjalankan siasatan
menyeluruh dan meneliti semua penyelewengan selain daripada mengumpul
sumber yang cukup agar dapat memfailkan petisyen.
“Kita perlu terus melawan, sama ada di mahkamah, di jalanan atau di
Parlimen untuk mendesak perubahan menyeluruh bagi SPR atau Barisan
Nasional (BN) akan terus menipu untuk menang,” kata ahli Parlimen Pandan
itu.
Semasa sesi soal jawab, sesetengah penonton bertanya apa PR boleh
lakukan mengenai pertuduhan persempadanan semula yang akan menyebabkan
BN terus menang dalam semua pilihan raya akan datang.
Ahli strategi pilihan raya DAP Dr Ong Kian Ming, yang juga merupakan
ahli panel forum mengatakan satu-satunya cara untuk memperjuangkan
reformasi SPR adalah untuk memastikan proses persempadanan semula yang
dijangka bermula pada tahun ini akan dilakukan secara adil dan tiada
lagi percubaan untuk manipulasi.
Terdapat tiga ahli panel bagi forum tersebut Rafizi, Ong dan Dr
Dzulkefly Ahmad — sementara Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir
Johari bertindak sebagai moderator.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang turut diundang untuk
bersama-sama terlibat tidak hadir sehingga forum berakhir pada pukul 11
malam.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment