(c) www.manchestereveningnews.co.uk
Kasih ibu sepanjang hayat, tak terhenti walau maut mengancam. Kata
mutiara ini memang benar adanya, kerana ada banyak ibu yang rela
mempertaruhkan nyawanya demi buah hati tercinta. Salah satu bukti cinta
yang teramat besar adalah seorang wanita yang mengalami insiden
kecelakaan parah dan melahirkan dalam kondisi koma. Namun dia tahu bahawa
dirinya harus sedar untuk buah hatinya, dan wanita ini bangun dari masa
kritikal dan koma.
Wei Liu (30) mengalami kecelakaan ketika naik teksi bersama kekasihnya Geng Yu (24). Wanita yang sedang
hamil 8 bulan ini mengalami cederaarah hingga koma. Pasangan yang
tinggal di Manchester itu tidak menyangka bahawa akan mengalami tragedi
kecelakaan yang membuat Liu mendapat cedera parah bahkan doktor pun
sampai pesimis dengan kondisi Liu.
Sesampainya
di rumah sakit, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan caesar kepada
Liu. Dalam keadaan koma, tidak sedarkan diri dan terluka parah, Liu
melahirkan anakya. Liu tidak tahu bahawa dia sudah melahirkan
sampai ketika 3 hari setelah koma, Liu sedarkan diri.
Liu
menangis terharu kerana dirinya sudah ketakutan bahawa bayinya akan
meninggal setelah perlanggaran itu terjadi. Geng Yu membawa anak mereka
dan membiarkan Liu mendekapnya. Liu menciumi bayinya, mendekapnya erat.
"Ini adalah keajaiban. Aku percaya bahawa Tuhan penuh dengan keajaiban"
ujar Liu sembari tersenyum. Walau keadaannya masih banyak luka dan harus
menggunakan kerusi roda namun Liu bersyukur bahawa dia selamat
dan begitu juga bayinya.
40
hari setelah dirawat di rumah sakit, Liu dan bayinya dibolehkan
pulang. Begitu besar kuasa Tuhan, Lucas, nama bayi Liu tidak terluka
sedikitpun dan lahir dalam keadaan sangat sihat. "Aku sangat khuatir
tentang bayiku dan ternyata Lucas lahir dengan selamat. Aku tahu bahawa
saat aku koma aku harus bangun, dan itu kerana Lucas" ujar Liu lagi. Liu
berkeras merawat Lucas sendirian walau kondisi tubuhnya masih sakit
dan tidak boleh melakukan banyak aktiviti.
Liu telah
mengalami koma dan sudah sangat dekat dengan pintu kematian. Namun
ikatan batin yang kuat antara Liu dan bayinya membuat Liu berusaha
bangun dan mendekap bayinya. Walau tidak bisa merawat Lucas seperti ibu
yang lainnya, tapi Liu telah membuktikan bahawa dia boleh melakukan
yang terbaik untuk bayinya.
sumber:Vemale.com
No comments:
Post a Comment