Selepas
dilabelkan pelbagai pihak sebagai perkauman, kumpulan pendesak Melayu
PERKASA kini mengambil langkah drastik dengan bersama NGO mewakili kaum
Cina dan India dalam sebuah gabungan baru.
Gabungan itu, yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur lewat petang ini akan dikenali sebagai Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac).
Pelancaran itu akan diikuti dengan majlis berbuka puasa.
"NGO Cina, India dan Orang Asli juga dijemput untuk berbuka puasa," kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini ketika ditanya berhubung perkara itu.
PERKASA selama ini sentiasa bergelut dengan dakwaan perkauman walaupun sering menafikannya atas alasan mereka hanya mempertahankan hak-hak Melayu seperti yang dijamin dalam perlembagaan.

No comments:
Post a Comment