Sedakasejahtera
PETALING JAYA: Bekas
Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,74, dimasukkan ke Institut
Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan kerana radang di bahagian
kaki yang dialaminya, kata pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua.
Beliau berkata Abdullah,
yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, berada dalam keadaan
stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi merawat cellulitis,
keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.
"Selepas
menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau telah dinasihatkan
untuk menjalani rawatan dan kini Abdullah sedang berehat," katanya
kepada The Star, ketika dihubungi pada SAbtu. Beliau turut mengesahkan
Abdullah, dirawat di IJN bukan disebabkan oleh penyakit lain.
"Dalam istilah
kesihatan, beliau kini sedang pulih dengan baik dan Teoh mengakui bekas
Perdana Menteri itu dirawat di IJN kerana pakar perubatan yang biasa
merawatnya berada di sana," katanya.
Sementara itu, Menteri
Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata
beliau telah bercakap dengan Abdullah selepas dimaklumkan beliau tidak
sihat.
"Saya bercakap dengan
Pak Lah menerusi telefon (dan) kini berada di IJN. Beliau tidak sihat
(dan) marilah kita sama-sama berdoa beliau cepat sembuh," tulisnya di
akaun twitter milik beliau.
No comments:
Post a Comment