Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menggesa agar polis
menjalankan siasatan ke atas ibu bapa murid berkenaan, yang didakwa
menyebarkan gambar kontroversi menunjukkan murid sekolah makan di bilik
persalinan.
Umno Selangor menggesa polis menyiasat kes penyebaran
gambar kontroversi yang menunjukkan murid sekolah makan di bilik
persalinan SK Seri Pristana mengikut Akta Hasutan.
Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menggesa agar polis
menjalankan siasatan ke atas ibu bapa murid berkenaan, yang didakwa
bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.
Noh yang dipetik dalam
laporan Utusan Online itu juga meminta Jabatan Pendidikan Negeri tidak
mengambil tindakan terhadap guru besar.
MP Tanjong Karang itu
mendakwa, guru besar terbabit Mohamad Nasir Mohd Noor yang diarah
bercuti sejak 25 Julai lalu, telah menjalankan tugas dengan baik.
Beliau
juga mendesak ibu bapa berkenaan perlu meminta maaf kerana didakwanya
membuat tuduhan palsu hingga menimbul kekecohan seluruh negara.
hehehe aku setuju. tu laa mesyuarat PIBG tak nak pegi. ape program kat sekolah pun tak tahu
ReplyDelete