- Idris Jusoh bercakap ketika sesi dialog bertajuk "Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Satu Perspektif" bagi mengupas isu pendidikan nasional anjuran Sinar Harian di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
SHAH ALAM – Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui
wujudnya kelemahan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan
golongan pendidik selain daripada tugas mengajar di bilih darjah.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah
baik dari semasa ke semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan
tugas terbabit menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya
terbabit.
"Pelaksanaannya ada sedikit masalah, lebih beri arahan terperinci dan ia menyusahkan guru.
"Sistem baru itu baik, cuma pelaksanaan perlu diperbaiki, saya akui
kelemahannya," katanya pada program Bicara Minda yang bertajuk 'Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif', di sini, hari ini.
Tambah beliau, pengenalan PBS itu bagi memastikan sekolah tempatan
tidak lagi berorientasikan kepada peperiksaan dan mata pelajaran,
sebaliknya ia berasaskan kepada penilaian pelajar itu sendiri.
Katanya, ia bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan negara.
“Guru akan menilai cara pelajar belajar, berinteraksi dan sebagainya,
kemudian direkod penilaian itu secara menyeluruh, bukan peperiksanan
semata-mata sahaja.
“Keadaan bertambah baik, kita akan pastikan guru tidak terbeban dengan
PBS supaya kita boleh mencapai matlamat ke arah sekolah satu pertiga
terbaik di dunia,” katanya sambil menyifatkan kerjaya sebagai guru itu
merupakan profesional mulia dan murni kerana berupaya mendidik
masyarakat ke arah lebih baik.
No comments:
Post a Comment