Pertandingan ratu cantik ayam ini julung kali diadakan berbanding haiwan ternakan lain di negara Teluk tersebut.- Agensi
RIYADH - Kosmo: Satu pertandingan ratu cantik untuk ayam akan diadakan di ibu kota Arab Saudi pada Jumaat ini, lapor akhbar berbahasa Arab, Sabq kelmarin.
Acara itu akan diadakan oleh seorang peladang di Arab Saudi yang turut
menjemput peladang-peladang di beberapa negara Teluk lain ke
pertandingan berkenaan.
Puluhan ekor ayam betina dan jantan akan berhimpun di ladang tersebut
untuk menyertai pertandingan ratu cantik ayam yang julung kali diadakan di negara
berkenaan.
Peladang itu, Mutaab Al-Othman berkata, pertandingan tersebut diadakan di ladang miliknya dekat ibu kota Riyadh pada hari Jumaat.
"Pertandingan ini akan melibatkan satu acara lelongan untuk ayam yang
jarang ditemui. Sebahagian ayam ini pernah menyertai pertandingan yang
sama di Jerman dan mendapat kedudukan yang baik," katanya
Al-Othman berkata, ayam yang dipertandingkan mampu mencecah harga di
antara SR$2,000 hingga SR$10,000 (RM1,726 hingga RM8,630) setiap seekor
di acara lelongan tersebut.
"Sebahagian baka ayam pernah dijual lebih dari SR$35,000 (RM30,208) pada
satu acara lelongan sebelum ini," tambahnya yang tidak menjelaskan
bagaimana ratu ayam itu akan dipilih kelak dalam acara berkenaan. Agensi 3 Okt 2013

No comments:
Post a Comment