Thursday, October 24, 2013

Sadis ! Gadis kecil diperkosa kemudian dibakar hidup-hidup

24 Okt 2013

Seorang gadis India berusia 13 tahun dari sebuah kampung di Negara   Uttar Pradesh meninggal setelah menderita luka terbakar 80 peratus  seluruh  tubuhnya.

Dia diserang tiga lelaki  semasa dalam perjalanan pulang dari ladang bersama kakaknya pada Selasa malam, seperti laporan surat khabar the Daily Mail, Khamis (24/10).

Gadis itu kemudian diperkosa dan dibakar hidup-hidup kerana mengancam akan melaporkan kejadian itu kepada penduduk kampung. Peristiwa itu berlangsung di Sirsa Kalaar, wilayah Kota Orai, Daerah Jalaun.

Menurut akhbar the Times of India, salah seorang suspek pemerkosa adalah penduduk tempatan bernama Ram Bahadur.
 

Laporan The IB Times menyatakan gadis itu dalam grade 8.
Kakak mangsa berlari ke kampungnya untuk memberitahu penduduk kampung kejadian tersebut. Anggota keluarga dan penduduk kampung kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa  dalam keadaan menyedihkan kerana menderita luka terbakar di sekujur tubuhnya.

Polis  kini sedang memburu ketiga suspek ke beberapa  lokasi. Keluarga mangsa hingga kini belum mengajukan sebarang tuntutan .
catatan idahsalam

No comments:

Post a Comment