Badan
penyelidikan Ilham Centre menjangka PAS akan mengekalkan kerusi DUN
Sungai Limau apabila mendapati sokongan untuk parti Islam itu antara 53
hingga 55% menjelang hari membuang undi pada pilihan raya Isnin ini.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar dalam
kenyataannya kepada media berkata, perolehan ini berdasarkan kajian
mereka secara bersemuka dengan 602 pengundi di Sungai Limau sejak 28
Oktober hingga 1 November.
"Sepanjang tempoh kajian dijalankan, kami mendapati faktor identifikasi
parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi penyumbang kepada
pengekalan undi PAS di sini," kata Hisomudin.
Metode bertemu responden secara bersemuka adalah antara kajian yang
dibuat oleh Ilham dan ternyata ia mempunyai margin kesilapan sangat
kecil.
Menurut Hisomudin, kajian kali ini mendapati pilihan raya kecil Sungai
Limau memperlihatkan dengan jelas pertembungan antara PAS dengan Umno
dan bukan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.
Mereka juga mendapati pengundi Sungai Limau sangat tegar dan dipengaruhi oleh identifikasi parti berbanding faktor-faktor lain.
"Faktor ini menyumbang sebanyak 81% yang diambil kira oleh pengundi
berbanding faktor calon (12%) dan faktor isu hanya 4% sahaja," kata
Hisomudin.
Pengaruh dua pondok di kawasan pilihan raya ini iaitu Pondok Bukit
Besar dan Pondok Pak Ya yang dimiliki oleh tokoh PAS juga memberikan
sumbangan besar sokongan kepada PAS. – 2 November, 2013.
Ulasan Putrarahman.
ReplyDeleteKalau nak baca lanjut kajian ilham centre di Kuala Besut booleh baca di :SINI. Kalau nak baca kajian lanjut Ilham Centre PRK Sungai Limau baca di :SINI
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa BN telah berjaya memenangi PRK Kuala Besut dengan majoriti yang bertambah berbanding PRU13 dahulu. Kalau di PRK Kuala Besut, Ilham Centre memberikan 71 % kepada PAS tetapi di Sungai Limau mereka hanya memberikan 55% sahaja kepada PAS.
Dari segi calon pula, di Kuala Besut Ilham Centre memberikan 71% untuk calon PAS dan 14% untuk calon BN.
Di PRK Sungai Limau Ilham Cenre memberikan 50% untuk calon PAS dan 38% untuk calon BN.
Kalau dilihat kepada kajian ini di Kuala Besut, jelas bahawa ianya jauh tersasar daripada keputusan yang sebenarnya. Dari kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre di Sungai Limau ini dan dibandingkan dengan kajian mereka di Kuala Besut, adakah di Sungai Limau juga akan memberikan keputusan yang sebaliknya seperti Kuala Besut? Adakah BN bakal menang besar di PRK Sungai Limau? Memang hamPAS pun.