KUALA LUMPUR:
Bagi memastikan rakyat di negara ini tidak terus menerus dikejutkan
dengan kenaikan demi kenaikan harga barangan, kerajaan perlu menyatakan
berapa banyak lagi subsidi yang akan dipotong kerajaan.
Langkah itu bagi memastikan rakyat bersedia dengan kenaikan harga ekoran pemotongan subsidi yang akan terus dilakukan kerajaan bagi menyelesaikan masalah defisit negara.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini berkata langkah kerajaan yang memotong subsidi secara beransur-ansur menyebabkan rakyat sukar untuk merancang kewangan masa depan mereka.
"Berapa banyak lagi subsidi yang akan dikurangkan kerajaan? Mungkin kerajaan boleh memaklumkan agar rakyat bersedia untuk merancang kewangan mereka dan tidak terkejut dengan kenaikan demi kenaikan ini," kata beliau.
Menjawab soalan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata kerajaan boleh menyelesaikan defisit dalam tempoh setahun, bagaimanapun tidak mahu menyelesaikannya dalam tempoh itu.
"Sebaliknya, kita mahu buat secara beransur-ansur hingga 2020 sehinggalah negara kita mencapai bajet berimbang. Namun pengurangan defisit ini bukan sahaja dilakukan dengan penarikan subsidi, tetapi juga boleh dilakukan dengan cara mengurangkan perbelanjaan mengurus, atau menambah pendatana negara," tegas Ahmad.
Dalam pada itu, Ahmad menyatakan kerajaan tiada kepastian tentang penarikan subsidi-subsidi lain memandangkan ia perlu melihat kepada perkembangan semasa.

No comments:
Post a Comment