Tuesday, December 17, 2013

Macam pelik jer.Utusan Malaysia minta bantu mangsa banjir dengan ikhlas

December 17, 2013
Helikopter terpaksa digunakan untuk menghantar bekalan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan yang terputus jalan darat. Gambar fail.Helikopter terpaksa digunakan untuk menghantar bekalan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan yang terputus jalan darat. Gambar fail.Utusan Malaysia hari ini meminta pihak yang membantu mangsa banjir supaya ikhlas ketika menghulurkan bantuan mereka.
Pengarangnya, Mohd Hassan Mohd Nor dalam tulisannya berkata, "Apa maknanya anda bertungkus lumus membantu mangsa banjir tetapi akhirnya kebaikan yang dilakukan dijadikan pula modal untuk menghentam, memburuk atau menyindir pihak lain. Kesudahannya akan hilang keberkatan usaha murni anda."

Tulisan Hassan ini dibuat ketika pelbagai rungutan dibuat oleh mangsa banjir atas kegagalan mereka mendapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan, agensinya serta pemimpin Umno.
Ini kerana, ketika banjir berlaku, para pemimpin Umno sedang menyertai Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur.

Yang dilihat oleh mangsa banjir adalah ‘Budak-budak baju merah’ yang membantu mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut ke Kuantan bagi meninjau mangsa banjir.
Timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin melawat kawasan banjir yang teruk di Kemaman dan terpaksa memohon maaf kepada mangsa atas kelewatan bantuan untuk mereka.
Hassan berkata, biarlah banjir yang melanda baru-baru ini memberi pengajaran kepada kita semua untuk memperbaiki pelbagai kelemahan yang ada semasa mengurus bencana ini.

Dalam situasi menghadapi bencana yang muncul sekali sekala dalam skala yang tidak menentu, sudah pasti banyak kelemahan berlaku, katanya.
"Ini adalah hakikat. Perkara ini turut diakui oleh kerajaan," tulisnya melalui ruangan Selak dalam Utusan Malaysia.
Jabatan Meteorologi memberikan amaran, hujan pada tahap kuning akan turun mulai esok hingga Jumaat ini di beberapa kawasan yang dilanda banjir sebelum ini termasuk di Pahang, Terengganu dan Johor. – 17 Disember, 2013. The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment