Sunday, January 26, 2014

Anwar: Najib tolak isu 'Allah' pada pihak lain

26 Jan 2014

 
 Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah 'Allah' disifatkan sebagai "menolak isu itu kepada pihak lain", kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada kenyataan Najib itu pada Jumaat berdasarkan enakmen yang mana melarang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' yang terdapat pada beberapa buah negeri.

"Ini menolak isu kepada orang lain. Peruntukan (enakmen) diinisiatif oleh kerajaan persekutuan dan pelaksanaan di negeri-negeri.

"Ada sesetengah negeri mempunyai autoriti penuh sementelah negeri lain lain menunjukkan secara jelas tidak di bawah kerajaan negeri tapi bawah ketua negeri," katanya.

Anwar berkata beliau sedar perkara tersebut sebagai "kompleks" dan konsensus nasional diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Apabila kamu menjadi perdana menteri, kami perlu jelas menyatakan pendirian kamu mengenai isu-isu spesifik.

"Apa pandangan kamu terhadap kumpulan yang menghasut dan bercakap tentang (tragedi) 13 Mei.

"Apa pendirian kamu terhadap kempen daripada pemimpin parti kamu yang berkata Islam sedang terancam atau bukan Islam akan mengambil alih. Ini perlu dinyatakan," katanya. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment