Wednesday, January 22, 2014

Harga kereta: NAP hanya kosmetik, setengah masak ?

KUALA LUMPUR: Dalam ramai melihat isu pemotongan duti eksais dan permit import (AP) tidak disentuh dalam Pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014), PAS melihat secara 'big picture' menyifatkan pengumuman itu hanya sebagai kosmetik semata-mata.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengumuman NAP2014 oleh kerajaan semalam tidak lebih kepada tempelan dan jauh lagi untuk berdepan cabaran sebenar.

Menurut Dr. Dzulkefly, NAP juga dilihat dibuat dalam keadaan cuba mengaut keuntungan satu pihak iaitu DRB-HICOM.

"DRB yang dimilikki 55.9% oleh Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary bakal menyaksikan keuntungannya melonjak kerana DRB sememang mempunyai kepentingan ekuiti di dalam Honda Malaysia, pengedaran untuk kereta Mitsubishi dan kerjasama pembuatan dengan Volkswagen," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

1. Disamping apa yang jelas menjadi kemarahan rakyat tentang kedudukan AP (Approved Permit) yang masih mahu dikaji selepas Tahun Baru Cina, amarah rakyat juga naik ke paras yang membuak apabila Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) tidak mengumumkan tentang penghapusan Duti Eksais. Cukai ini yang bertanggungjawab -mengekalkan harga kereta pada paras yang tinggi. Ia adalah dasar dan kaedah bagaimana kerajaan melindung perusahaan automobile di Negara ini yakni Proton yang merupakan milik kerajaan dahulu. Namun, Proton jelasnya bukan lagi milik kerajaan tetapi milik swasta!

No comments:

Post a Comment