Saturday, January 25, 2014

Henti berslogan, henti potong subsidi, kata pemimpin akar umbi Umno

OLEH ZUBAIDAH ABU BAKAR January 24, 2014
Corak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikritik hebat oleh pembangkang dan penyokong kerajaan. Gambar fail.Corak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikritik hebat oleh pembangkang dan penyokong kerajaan. Gambar fail.Debat yang berputar di sekeliling kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan masa depan politik menyebabkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin akar umbi Umno, yang menyatakan perdana menteri perlu menghentikan membuat slogan, sebaliknya berhenti potong subsidi yang memberi kesan kepada rakyat.

Mereka berkata, sementara serangan daripada parti politik lawan memang sudah dijangka, gerakan oleh golongan elit dalam parti itu untuk menyingkirkan Najib sebagai presiden dan serangan daripada blogger pro-Barisan Nasional (BN) mengenai kepimpinan dan polisi kerajaan mencetuskan kebimbangan.
“Rakyat kata Najib pemimpin yang lemah. Tetapi siapa pemimpin yang lebih kuat kita ada dalam hirarki Umno,” kata Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.


 Ketua Umno bahagian Padang Besar itu berkata, Najib sepatutnya tidak lagi mengelirukan ahli Umno dengan slogan yang tidak mencerminkan sebarang tindakan.

Beliau berkata, ahli parti mengharapkan barisan kepimpinan juga mendengar pandangan dan pendapat ahli politik, bukan hanya beberapa penasihat perdana menteri berhubung perkara yang menjejaskan rakyat.

“Ahli Umno dan ahli Parlimen menentang kenaikan tarif elektrik tetapi perdana menteri setuju,” katanya merujuk kepada kenaikan tarif elektrik yang berkuatkuasa bermula bulan ini.
Beberapa ahli Parlimen BN lantang menentang kenaikan itu ketika taklimat diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ramai yang merungut kerana kesukaran untuk menjelaskan kenaikan itu, ada ahli Parlimen mempersoalkan sama ada TNB boleh jadi muflis sementara seorang lagi bertanya sama ada sebahagian daripada negara akan bergelap jika tarif itu tidak dinaikkan.
TNB semalam dilaporkan memperolehi keuntungan bersih RM1.73 bilion, bagi suku pertama sehingga 30 November, 2013 – 22% lebih tinggi berbanding RM1.42 bilion yang diperolehi bagi tempoh sama tahun sebelumnya, dibantu oleh cukai lebih rendah.

Baca Sini

No comments:

Post a Comment