Monday, January 13, 2014

'Kontraktor & pemaju dalang terbesar rasuah' : Kadir Jasin

 
Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin tampil memperincikan kelemahan MCA dan oleh kerana parti itu tiada apa untuk disumbangkan, maka pemimpinnya digesa mengelakkan sebarang jawatan kabinet.

Dalam isu rasuah, Kadir (kiri) berkata, gesaan MCA supaya kerajaan membanteras amalan rasuah bukanlah perkara baru.

Bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata, tuduhan bahawa penjawat awam terlibat dengan rasuah juga terlalu umum.

“Kepimpinan baru MCA mesti akui bahawa untuk melakukan amalan rasuah, kami perlukan pemberi dan penerima. Siapa yang biasanya memberi?” soal Kadir.

Dalam blognya semalam, beliau berkata, MCA patut menegaskan kepada dewan perdagangan Cina dan persatuan perniagaan Cina supaya menghentikan amalan rasuah.

“Siapa yang tidak tahu bahawa kontraktor dan pemaju menjadi dalang terbesar? MCA patut beritahu mereka supaya berhenti merasuah majlis tempatan, pejabat tanah dan pihak berkuasa.

“MCA dan Gerakan patut berada di barisan depan untuk menghentikan pihak ini daripada mengamalkan rasuah. Kemudian barulah orang ramai akan menerima mereka dengan serius.”

No comments:

Post a Comment