OLEH TRINNA LEONG
Kumpulan
Kristian yang mewakili pelbagai kelompok dominasi di Sabah kini
bekerjasama dalam kempen persaingan agama susulan beberapa cubaan untuk
mengislamkan mereka.
Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) akan keluar selama enam bulan untuk
berkumpul bersama Kristian pribumi untuk bersatu menyeru Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan
penggunaan kalimah Allah untuk Kristian Bumiputera.
"Kita mahu PM cakap sesuatu. Beliau bukan PM Melayu sahaja, tetapi PM
semua orang," kata Pengerusi PAN, Esther Golingi kepada The Malaysian
Insider.
PAN mengambil semangat Kadazan Dusun Murut lama ketika perang,
Mamangkis yang digunakan oleh nenek moyang mereka untuk menghimpunkan
pahlawan untuk berperang.
Golingi bagaimanapun berkata, seruan sekarang adalah dalam bentuk konteks sebagai Kristian seruan untuk bangkit semula.
PAN akan mengadakan mamangkis di Ranau pada Jumaat ini sebagai
sebahagian daripada program mereka dengan sasaran ratusan Kristian akan
turut serta.
Mobilisasi PAN bermula selepas laporan terdapat sekumpulan 64 penduduk
kampung, termasuk kanak-kanak daripada tiga kampung di pedalaman Sabah
di daerah Pitas iaitu Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop ditipu
sebelum diislamkan.
Kesal dengan janji yang dilanggar Putrajaya apabilla Sabah menyertai
Malaysia, PAN khuatir kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan
tidak lagi diamalkan.
"Kami tidak berdendam dengan Islam jika ia diterima tanpa sebarang
paksaan. Namun kami kecam penukaran agama yang dilakukan dengan penipuan
dan rasuah.
"Kita mahu menyembah Tuhan. Kita mahu bersatu sebagai Kristian. Dengan
lebih 30,000 penduduk Sabah bekerja di Semenanjung, apa jadi kepada
kebebasan beragama," kata Golingi dan menambah penduduk Kristian Sabah
tidak lagi dibenarkan membawa Bible berbahasa Melayu ketika berada di
Semenanjung.
Kumpulan di Sabah dan Sarawak tidak berhenti berdebat berhubung isu
penggunaan perkataan Allah kerana kebanyakan penduduk pribumi beragama
Kristian merasakan ketegangan di Semenanjung mengenai isu itu mula
dirasai di Borneo.
"Hari ini, kita kehilangan kebebasan diberikan Tuhan dalam banyak
perkara. Kita tidak dibenarkan untuk merujuk Tuhan sebagai Allah. Lebih
malang, kita tidak dibenarkan mengajarkan anak kita tentang Tuhan, yang
mereka kenal sebagai Allah, pencipta alam ini,” katanya.
Beliau berkata, agama kini dijadikan mainan politik dan Malaysia perlu melihatnya kembali.
"Kita perlu berpegang kepada Perlembagaan yang mengakui hak kebebasan beragama.
"Kebebasan beragama bermakna kebebasan beragama," katanya.
Ketegangan timbul selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu
dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada pejabat
Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Kumpulan Islam kemudiannya turut berhimpun berhampiran gereja di Klang
menentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dalam Bible mereka.
Editor penerbitan mingguan Herald, Paderi Lawrence Andrew turut
disiasat di bawah Akta Hasutan selepas mengatakan gereja di Selangor
akan tetap menggunakan perkataan Allah dalam upacara keagamaan mereka.
Kristian membentuk 9% daripada 29 juta rakyat Malaysia.
Dua pertiga penganut Kristian di Malaysia adalah Bumiputera yang kebanyakannya berada di Sabah dan Sarawak. – 23 Januari, 2014
No comments:
Post a Comment