Wednesday, January 22, 2014

PAC panggil Finas, semua operasi lemah, prestasi Kewangan teruk

22 Jan 2014

  
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) akan memanggil bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dua bekas ketua pengarah Finas untuk menjawab prestasi Kewangan teruk agensi itu dari tahun 2009-2012.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Laporan Ketua Audit Negara pada 2012 telah menolak akaun Finas kerana terlalu banyak perbelanjaan yang tidak dapat disahkan.

Justeru beliau mahu memanggil bekas KSU KKMM dari tahun 2009-2013 Datuk Kamarudin Siaraf serta dua bekas Ketua Pengarah Finas; Datuk Mahyidin Mustakim (2006-2011) dan Mohd Naguib Razak (2011-2012) untuk berhadapan dengan PAC.

"(Laporan Ketua Audit) dapati Finas lemah dari segi kawalan urusan, bajet.. kelemahan kawalan belanjaan, akaun amanah, aset dan inventori... saya fikir merangkumi kesemua operasi Finas," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Finas mendapat peruntukan kira-kira RM40 juta dari Kementerian Kewangan setiap tahun.

Nur Jazlan menambah mekanisme di dalam KKMM dan Finas itu sendiri sepatutnya dapat menghidu dan mengenalpasti masalah yang dihadapi agensi berkenaan.

Beliau berkata agensi yang mendapat autonomi dari segi perbelanjaan itu turut mempunyai seorang pegawai Kementerian Kewangan di dalam lembaga pengarah dan bertindak sebagai pengerusi audit Finas.

Ketua pengarah Finas yang dilantik dari sektor swasta turut sepatutnya menjadikan pengurusan agensi itu lebih baik.

"Jadi dasar kerajaan suntik orang luar untuk rancakkan industrial filem terjejas.

"Dasar dah betul cuma implementasi dari segi mereka yang dilantik dan urus tadbir korporat perlu diperbaiki," kata beliau. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment