
Anwar berkata, antara syarat yang dikenakan untuk Lee melepaskan
jawatan hanyalah Anwar akan menggantikan beliau di kerusi berkenaan.
"Beliau tanya jika jawatan itu dilepaskan adakah saya akan ganti, saya
kata betul... tapi tiada sebarang habuan kita janjikan," kata Anwar
memberi penjelasan di hadapan lebih 100 penyokong PKR di majlis "Hi-Tea
Anwar bersama pengundi di Pusat Komuniti DUN Kajang", di Taman Sungai
Sekamat, Kajang petang tadi.
"Saya tidak berapa kenal Lee, tetapi saya terpaksa akui, jarang ada pemimpin yang begitu baik," katanya.
Tindakan Lee melepaskan jawatan sebagai Adun Kajang mengejutkan banyak
pihak, lebih-lebih lagi tiada alasan konkrit diberikan ekoran
tindakannya itu.
PKR bagaimanapun memberi alasan tindakan Lee melepaskan jawatan adalah
untuk membolehkan beliau bertanding di kerusi berkenaan, sekaligus
menghalang usaha sabotaj Umno bagi merampas Selangor daripada Pakatan
Rakyat dengan menggunakan ketegangan kaum dan agama.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan, dengan terlibat secara
langsung dalam urusan pentadbiran negeri, kerajaan Selangor akan mampu
menangkis sebarang cubaan Umno merampas negeri terkaya di negara itu.
"Perlu kita tentukan kerajaan Selangor dipertahankan dari segala percubaan," kata Anwar dalam ucapannya.
"Mereka tuduh kita korbankan Islam. Kita jual nama Allah. Seolah-oleh kita khianat bangsa," katanya.
Meskipun PKR menggunakan alasan langkah berkenaan sebagai "strategi
politik", pengkritik melihat langkah meletakkan Anwar dalam pentadbiran
negeri adalah untuk meredakan krisis antara Menteri Besar Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim dan juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac depan sebagai tarikh
mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang. – 5 Febuari, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment