Friday, March 21, 2014

Bayaran fasa ke-2 BR1M sebelum 1 Apr

20 Mac 2014

 
  Setengah juta lagi Rakyat Malaysia bakal menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebelum bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (kiri) berkata penerima tersebut bakal dimaklumkan dan wang BR1M akan disalurkan sama ada melalui akaun bank masing-masing ataupun baucar.

"Ini fasa BR1M kedua selepas fasa pertama selesai bulan lalu," kata beliau kepada beliau di Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kajang hari ini.

Ahmad juga berkata mereka yang ditolak permohonan boleh memuat turun borang di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula sekarang dan menghantar borang berkenaan berserta maklumat lengkap termasuk slip gaji suami isteri.

"Sesiapa rasa diri mereka apabila terima penolakan BR1M, tetapi percaya mereka layak terima, hendaklah buat rayuan untuk BR1M yang ditolak sudah dibuka," kata beliau.

Beliau berkata pihak beliau akan mempertimbangkan.

"Tahun lepas, seorang ditolak BR1M kerana beli kereta Proton Perdana tetapi kita lepaskan sebab beliau buktikan kereta itu dibayar dan dimiliki anaknya,” jelas beliau.

10 juta tak namakan waris KWSP

Sementara itu Ahmad turut mengumumkan kebimbangan beliau kerana 75 peratus dari lebih 13 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih belum menamakan waris simpanan mereka.

Ahmad menyeru orang ramai untuk segera hadir dan mengemaskini data mereka kerana akan menimbulkan masalah sekiranya berlaku kematian.

"Sikap tak ambil berat punca utama perkara ini terjadi. Pencarum tak ambil berat untuk namakan waris di KWSP.

“Ada juga tak buat keputusan muktamad (kerana lebih satu isteri)," seloroh beliau disambut gelak ketawa hadirin. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment