Tuesday, March 25, 2014

China mahu data satelit dari Britain

25 Mac 2014

Kementerian Luar China pada Selasa berkata, pihaknya berharap Britain akan memberikan data satelit daripada firma British Inmarsat berhubung pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang.

Ditanya sama ada China mahu Britain memberikan maklumat satelit, jurucakap kementerian Hong Lei berkata beliau berharap “negara berkaitan” akan membekalkannya.

Memetik data satelit Immarsat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin berkata, pesawat MH370, yang hilang dua minggu lalu ketika dalam perjalanan Kuala Lumpur-Bejing, terhempas di Selatan Lautan Hindi. MK

- Reuters
 

No comments:

Post a Comment