03 Mac 2014
Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam
baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar.
Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya
memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran
mencuri timun dari flatnya.
Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.
Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut. Wanita itu
kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk
berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung
Gezhai, wilayah Henan, tengah China.
Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.Kelmarin, beberapa pakar
masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci
tentang spesies makhluk itu.
Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat
dilihat selain berkepala botak. Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan
seekor monyet yang bermata besar.
Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor
arnab. Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah
melihat haiwan tersebut sebelum ini.
“Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan
itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain,”
katanya.
No comments:
Post a Comment