Sunday, March 23, 2014

Kak Wan: 'Langkah Kajang' berjaya. Alhamdulillah

23 Mac 2014

   
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.

Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.

"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan Langkah Kajang berjaya" kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam ini.

 TERKINI RASMI: Pengumuman jumlah undi oleh SPR di Pusat Pengiraan dan Penjumlahan Undi, Bangi.

BN: 11362
PKR: 16741
Majoriti: 5379

Jumlah peti undi: 88
Jumlah peti undi diterima: 88
Jumlah peti undi belum diterima: 0

No comments:

Post a Comment