Tuesday, March 4, 2014

Konsensus Azmin-Khalid soal pemilihan

03 Mac 2014

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali membuat konsensus tidak akan membuat sebarang kenyataan berkenaan isu pemilihan parti sehingga pilihan raya kecil Kajang berakhir.
Azmin telah pun bersetuju untuk tidak bercakap mengenai hal ini dan fokus untuk kemenangan  PKR di Kajang.

"Hal lain boleh ditanya, hal pemilihan parti jangan ditanya," kata beliau dalam sidang media di pusat gerakan pilihan raya kecil (PRK) Kajang parti itu hari ini.

Jumaat lalu Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung April hingga Mei ini.

Bagaimanapun Khalid turut mengingatkan penyokong beliau untuk tidak berkempen sehingga berakhirnya PRK Kajang 23 Mac ini.

Azmin merupakan penyandang jawatan itu sejak 2010.

Sementara itu Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR mengumumkan pembukaan bilik gerakan PKR di Bangunan Mat Saman, Batu 12, Jalan Cheras-Kajang sebagai pusat operasi parti itu sepanjang PRK.

Azmin meminta media melakukan tugas dengan adil dan berintegriti.

"Peranan utama pusat media untuk sediakan kemudahan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terperinci.

"Untuk berlaku adil adalah soal ketelusan, integriti laporan. Kena peluang dua-dua pihak untuk beri maklumat.

Sebanyak 16 bilik gerakan mengundi telah dibuka oleh PKR sebagai persediaan PRK Kajang. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment