Mesin ATM di Bank Jalan Genting Klang
: Apa yang boleh Berita Semasa katakan di sini, sentiasa berhati-hati
apabila melakukan sebarang transaksi melalui mesin ATm ataupun secara
online. Ini kerana jikalau anda alpa, wang anda mungkin boleh ditelan
tanpa anda sedari. Ini kerana baru-baru ini….
Kalangan pelanggan di sebuah bank naik
angin apabila gagal mendapatkan wang setelah membuat transaksi
pengeluaran di mesin pengeluaran tunai (ATM).
Kronologi Kejadian di Bank Jalan Genting Klang
- Berlaku kira-kira jam 9.45 malam 28 Februari 2014 di Jalan Genting Klang
- Seramai 3 orang pelanggan yang menjadi mangsa di mana wang mereka ditelan mesin ATM
- Salah seorang mangsa Mohd Azli Alizan, 24 telah mengakibatkan beliau ‘berlapar’ untuk beberapa hari berikutan cuti umum. Mohd Azli Alizan semak baki akaun ada RM107 dan mengeluarkan RM100. Kad bank keluar daripada slot tetapi duit tak keluar, begitu juga dengan resit.
- Ingatkan ada orang ‘panjang tangan‘. Saya semak semula akaun dan mendapati baki tinggal RM7.
- Saya terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan untuk membuat aduan. Operator kemudiannya memberikan saya nombor laporan dan meminta saya untuk datang semula ke kaunter bank pada Isnin ini,” Mohd Azli Alizanmenggunakan kad bank itu sendiri dan bukannya melalui sistem pembayaran elektronik (MEPS)
- Seorang wanita warga emas berbangsa Cina turut menjadi mangsa apabila ‘ditelan’ sejumlah RM500 dilokasi sama.
- Malah kejadian sama dikatakan turut berlaku kepada pelanggan di bank-bank yang lain.
- Sementara itu seorang lagi mangsa Vella, 36, berkata, operator di Khidmat Pelanggan tidak membenarkan beliau dan Azli daripada membuat laporan kepada pihak polis.
- Vella ketika itu ingin mengeluarkan wang gaji milik abangnya berjumlah RM430 gagal apabila hanya kad sahaja yang keluar daripada slot mesin ATM itu.
Berdasarkan semakan Berita Semasa
mengenai masalah sistem MEPS yang berlaku sekarang ini, sebenarnya MEPS
bukannya telah digondam seperti yang didakwa orang ramai.
Ini semua berpunca daripada “serangan mendadak rakyat Malaysia” terhadap mesin ATM di seluruh Malaysia dek kerana agihan BR1M (SEPERTI DI SINI)
yang dibuat melalui akaun bank sehingga menggangu sistem MEPS itu
sendiri apabila telah mengatasi kapasiti sistem MEPS yang sedia ada itu
sendiri. Ada sesiapa di sini yang pernah mengalami masalah seperti ini
sebelum ini? Kongsikannya di sini…
No comments:
Post a Comment